• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Life Water Naik 25% Melebihi Harga Tawaran IPO Pada Penyenaraian Pagi Ini

in Asas Saham
A A
Life Water Naik 25% Melebihi Harga Tawaran IPO Pada Penyenaraian Pagi Ini

Gambar: Bursa Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Pada penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, syarikat minuman berpangkalan di Sabah itu dibuka pada 77 sen, premium 12 sen berbanding harga IPO pada 65 sen dengan 15.93 juta saham didagangkan.

Life Water memperoleh RM63.42 juta melalui terbitan awam sebanyak 97.56 juta saham biasa baharu.

Menerusi hasil diperoleh, sebanyak RM19.0 juta atau 30 peratus diperuntukkan untuk membina saluran pengeluaran air minuman tambahan di Loji Sandakan Sibuga 1, RM12.0 juta (18.9 peratus) untuk membeli barisan pengeluaran baharu di Loji Sandakan Sibuga 2 dan RM12.6 juta (19.9 peratus) pula akan membiayai pusat pengedaran kedua di Sandakan, katanya.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Selain itu, RM9.6 juta (15.2 peratus) diperuntukkan untuk mengembangkan kemudahan pembungkusan plastiknya di Kota Kinabalu manakala RM4.2 juta (6.6 peratus) dan RM6.0 juta (9.5 peratus) diperuntukkan untuk modal kerja dan bagi membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Liaw berkata kumpulan itu menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga 800 juta liter menjelang 2027 selepas loji air itu siap.

“Menjelang akhir tahun, kapasiti kami akan mencecah 448 juta liter selepas pembesaran di Loji Keningau. Menjelang 2027, ia akan meningkat, memberikan kami keupayaan mencukupi untuk terus berkembang ke wilayah lain,” katanya.

Sementara itu, pelaksanaan cukai gula yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 tidak akan menjejaskan produk minuman berkarbonat yang dikeluarkan oleh Life Water Bhd.

Pengarah Urusannya Liaw Hen Kong berkata kandungan gula dalam minuman berkarbonat Life Water adalah di bawah lima gram setiap 100 mililiter (ml).

“Resipi kami (untuk minuman berkarbonat) adalah di bawah ambang lima gram setiap 100 ml. Justeru, Life Water tidak terjejas dengan cukai gula,” katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia di sini hari ini.

Cukai gula kerajaan akan berkuat kuasa pada 1 Januari, 2025, mengenakan duti eksais 40 sen setiap liter terhadap minuman sedia diminum yang mengandungi lebih daripada lima gram gula setiap 100 ml serta ke atas buah-buahan atau minuman berasaskan sayuran dengan lebih daripada 12 gram gula setiap 100 ml.

Pada 5 petang, saham Life Water ditutup tinggi naik 29 sen kepada 94 sen, dengan 233.41 juta saham diniagakan. Syarikat itu muncul sebagai kaunter paling cergas dan menerajui senarai kaunter untung.

— Sumber: BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa Malaysiacukai gulaIPOLife Water Bhd
Share222ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

6 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

7 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In