• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.38 mata kepada 1,604.05 daripada penutupan semalam pada 1,608.43.

Bagaimanapun, indeks dibuka 0.18 mata lebih tinggi pada 1,608.61.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 213 berbanding 107, sebanyak 272 kaunter tidak berubah, 1,862 tidak didagangkan manakala 13 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 192.19 juta unit bernilai RM115.28 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran berhenti seketika selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) berakhir dan menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan malam ini.

“Wall Street ditutup lebih rendah apabila pasaran berhenti seketika selepas mengalami beberapa masalah penyesuaian berikutan Wall Street catat rekod tertinggi baharu.

“Kami berharap lonjakan harga minyak sawit mentah baru-baru ini akan menarik minat belian dalam saham perladangan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peserta pasaran akan memantau dengan teliti penunjuk ekonomi utama di AS termasuk IHP, Indeks Harga Pengeluar, Jualan Runcit dan data keluaran dalam negara kasar suku ketiga 2024 Malaysia.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd susut enam sen kepada RM10.42, CIMB Group, Public Bank and IHH Healthcare turun dua sen masing-masing kepada RM8.18, RM4.42 dan RM7.17 manakala Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM14.14.

Bagi saham aktif, Life Water yang baru disenaraikan menokok 16.5 sen kepada 81.5 sen, Mpire Global meningkat satu sen kepada 22.5 sen, Azam Jaya menambah dua sen kepada RM1.26. Sorenso Capital tidak berubah pada 40 sen manakala OB Holdings berkurangan satu sen kepada 21.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Shariah merosot 17.76 mata kepada 12,129.86, Indeks FBM Emas berkurangan 25.09 mata kepada 12,154.96, Indeks FBMT 100 turun 25.16 mata kepada 11,860.74 dan Indeks FBM 70 menguncup 11.08 mata kepada 17,785.45 dan Indeks FBM ACE susut 13.40 mata kepada 5,118.47.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.65 mata kepada 168.25, Indeks Tenaga susut 1.01 mata kepada 823.95, Indeks Perladangan berkurangan 16.07 mata kepada 7,863.89 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 52.10 mata kepada 19,092.21.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In