fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

5 Saham F&B Yang Beri Dividen

in Fundamental Analisis
A A
5 Saham F&B Yang Beri Dividen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ramai masih bingung dan tidak tahu nak beli saham apa. Adakalanya tidak perlu susah payah untuk memikirkan saham apa yang boleh dibeli kerana di Bursa Malaysia sahaja terdapat lebih seribu saham yang disenaraikan.

Sebagai seorang pelabur, anda boleh melihat sektor yang paling dekat dengan diri kita iaitu sektor konsumer. Setiap hari, manusia perlu makan dan minum untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, sektor atau industri yang boleh diberi perhatian adalah industri makanan & minuman (F&B).

Terdapat beberapa syarikat F&B yang disenaraikan di Bursa Malaysia, tetapi dalam artikel ini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa saham F&B yang mengagihkan dividen. Syarikat-syarikat tersebut pula memiliki dividend yield yang agak tinggi.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: MR. D.I.Y Group [6 Mei 2025]

Ulasan Keputusan: DXN Holdings [30 April 2025]

Saham Kajian Hari Ini: Unisem (24 April 2025)

1. Apollo Food Holdings Berhad (APOLLO)

Siapa yang tidak kenal dengan Apollo. Golongan millennial dan gen-Z rata-ratanya membesar dengan snek ini. Tanpa kita sedar snek kegemaran ramai ini juga tersenarai di Bursa Malaysia. Ramai di kalangan golongan millennial dan gen-Z sekarang telahpun bekerjaya serta mempunyai kemampuan untuk melabur. Oleh itu, kenapa tidak menjadi sebahagian daripada perniagaan syarikat ini. 

Sambil menjadi sebahagian daripada perniagaan tersebut, anda juga berpeluang untuk menerima dividen hasil dari keuntungan yang dijana syarikat tersebut.

Sumber: KLSE Screener

Apollo konsisten mengagihkan dividen kepada pemegang sahamnya setiap tahun. Kita dapat lihat di atas yang Apollo tidak pernah tertinggal memberi dividen sejak tahun 2015. Malah, untuk tahun kewangan yang berakhir 2024, Apollo telah mengagihkan dividen sebanyak 75 sen sesaham, tertinggi untuk 10 tahun terakhir.

Jika anda memiliki 10,000 unit saham Apollo, anda menerima dividen sebanyak RM7,500 bagi tahun 2024.

Sumber: KLSE Screener

Untuk perkembangan terkini, ex-date bagi dividen Apollo baru sahaja berlalu iaitu pada 23 Oktober 2024 dan pembayaran dividen pula dibuat pada 7 November 2024. Ia merupakan dividen terakhir bagi tahun 2024.

Sumber: KLSE Screener

Berdasarkan harga saham Apollo yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM6.58, dividend yield bagi saham ini adalah 11.40%.

2. Power Root Berhad (PWROOT)

Power Roort, sebuah syarikat pengeluar minuman tenaga juga amat terkenal dengan kempennya suatu ketika dahulu yang menghadiahkan pemenang dengan motorsikal. Ayat yang popular daripada iklan tersebut pula adalah “Saya Menang Motor”. 

Setelah sekian lama menjalankan perniagaan dalam industri F&B, Power Root sentiasa tidak terlepas berkongsi pendapatan yang diperoleh dengan pemegang saham. 

Sumber: KLSE Screener

Power Root mencatatkan pengagihan dividen yang agak tinggi pada tahun 2023 iaitu sebanyak 11.75 sen bagi setiap saham yang dimiliki. Pada tahun 2024, dividen yang diagihkan merosot sedikit kepada 7.1 sen sesaham.

Sumber: KLSE Screener

Kali terakhir Power Root membayar dividen adalah pada 4 Oktober 2024 dan ia merupakan agihan dividen bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2025. 

Berdasarkan harga saham Power Root yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM1.41, dividend yield bagi saham ini adalah 5.04%.

3. Oriental Food Industries Holdings Berhad (OFI)

Oriental Food Industries mungkin tidaklah popular seperti Apollo, namun produknya sebenarnya juga mudah dijumpai di mana-mana pasar raya. Antara produk yang dikeluarkan oleh Oriental adalah snek keropok, biskut, kek dan wafer. 

Sumber: KLSE Screener

Sama seperti saham lain yang telah dikongsikan sebelum ini, Oriental juga konsisten memberi dividen kepada pemegang saham setiap tahun. Tahun 2024 menyaksikan Oriental memberikan dividen yang jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebanyak 6.5 sen sesaham diagihkan kepada pemegang saham.

Sumber: KLSE Screener

Kali terakhir Oriental Food membayar dividen adalah pada 9 Oktober 2024 dan ia merupakan agihan dividen interim bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2025.

Berdasarkan harga saham Oriental Food yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM1.73, dividend yield bagi saham ini adalah 3.78%.

4. Hup Seng Industries Berhad (HUPSENG)

Ingat biskut di atas, ingat Hup Seng.  Ia merupakan produk yang paling popular dikeluarkan oleh Hup Seng. Tidak mustahil untuk dikatakan hampir setiap isi rumah mempunyai biskut ini.

Sumber: KLSE Screener

Hup Seng mengagihkan dividen sebanyak 6 sen sesaham dari tahun 2015 sehingga 2020. Walaubagaimanapun, pandemik mungkin menjejaskan pendapatannya lalu turut menjejaskan pengagihan dividen pada tahun 2021. 

Tahun 2021, dividen yang diagihkan merosot kepada hanya 2.5 sen sesaham. Namun selepas itu, Hup Seng mula meningkatkan agihan dividen pada tahun berikutnya. 

Sumber: KLSE Screener

Untuk tahun 2024, Hup Seng setakat ini hanya mengumumkan pemberian dividen sebanyak sekali iaitu sebanyak 2 sen sesaham dan telah dibayar pada 7 Oktober 2024.

Berdasarkan harga saham Hup Seng yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM1.06, dividend yield bagi saham ini adalah 3.74%.

5. Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N) 

Jumlah dividen yang diberikan F&N amat konsisten setiap tahun. Dari tahun 2015 sehingga 2018, sebanyak 57.5 sen diagihkan setiap tahun. Tahun 2019 sehingga 2022 pula menyaksikan sebanyak 60 sen diagihkan bagi setiap unit saham yang dimiliki. 

Sumber: KLSE Screener

Tahun 2023 menyaksikan peningkatan dalam amaun dividen yang diagihkan kepada 77 sen sesaham. Untuk tahun 2024 pula, setakat ini dividen yang diagihkan hanyalah sekali iaitu pada 31 Mei 2024.

Sumber: KLSE Screener

Berdasarkan harga saham F&N yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM30.92, dividend yield bagi saham ini adalah 2.49%.

Kesimpulan

Sekiranya anda sedang mencari saham yang defensif serta memberikan dividen, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk memiliki saham-saham di atas di dalam portfolio anda.

Selain memberi dividen, saham di atas juga merupakan patuh syariah.

Baca juga: Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

*Data harga adalah setakat 1 November 2024.

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR

Tags: Bursa MalaysiadividenF&Bkonsumerpenggunasaham
Share398ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: MR. D.I.Y Group [6 Mei 2025]
Catalyst

Ulasan Keputusan: MR. D.I.Y Group [6 Mei 2025]

1 week ago
Ulasan Keputusan: DXN Holdings [30 April 2025]
Catalyst

Ulasan Keputusan: DXN Holdings [30 April 2025]

2 weeks ago
Saham Kajian Hari Ini: Unisem (24 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Unisem (24 April 2025)

3 weeks ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Asas Saham

Sektor Pilihan Hari Ini: Teknologi [24 April 2025]

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In