• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Kerjaya Prospek, Aspen Vision Bekerjasama Bagi Projek Pembangunan Baharu di Pulau Pinang

in Catalyst
A A
Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bernilai RM226 Juta Daripada Aspen Vision
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Futuprop Sdn Bhd memeterai usaha sama (JV) merangkap perjanjian pemegang saham (JVSHA) dengan Aspen Vision Development Sdn Bhd bagi menjalankan pembangunan bercampur di atas tanah seluas 33.52 hektar di Pulau Pinang, melalui Rivanis Ventures Sdn Bhd.

Firma pembinaan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Rivanis Ventures merupakan syarikat tujuan khas yang diperbadankan bagi tujuan JV berkenaan.

Katanya, Kerjaya Prospek memegang 55 peratus kepentingan dalam Rivanis Ventures manakala Aspen Vision memegang baki 45 peratus yang akan mengetuai pembangunan tersebut.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kumpulan itu berkata, berhubung cadangan pembangunan yang terdiri daripada 338 unit rumah mampu milik, 1,680 unit kediaman, 1,680 pangsapuri perkhidmatan dan kedai runcit serta pejabat komersial, Rivanis Ventures turut memeterai perjanjian (HOA) dengan pemilik tanah, Perbadanan Aset Keretapi.

Ia berkata sebagai pertimbangan untuk penjualan tanah tersebut bagi menjalankan pembangunan, sebanyak RM156.5 juta akan diberikan kepada pemilik tanah yang merangkumi RM54.1 juta dalam bentuk tunai.

Turut diberikan kepada pemilik tanah adalah 338 unit rumah mampu milik mengikut spesifikasi kategori C3 rumah mampu milik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, bernilai RM102.4 juta.

“Kemudian, sebagai fasa seterusnya kepada pembangunan ini, Rivanis Ventures akan diberikan hak untuk memperoleh penawaran terlebih dahulu (ROFR) bagi membangunkan tanah bersebelahan seluas 7.96 hektar,” katanya.

Tanpa sebarang situasi yang tidak dijangka, JVSHA dan HOA dijangka diselesaikan dalam tempoh 60 hari dari tarikh HOA yang dijangka siap pada suku pertama 2025, menurut Kerjaya Prospek.

Dalam kenyataan berasingan, Kerjaya Prospek berkata pembangunan bercampur itu yang dijangka bermula pada penghujung 2024 dirancang untuk disiapkan secara berperingkat dalam tempoh tujuh tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifnya Tee Eng Tiong berkata projek ini memberikan peluang unik kepada kumpulan itu untuk mewujudkan ruang kediaman dan komersial yang mampan serta berkualiti tinggi di Pulau Pinang.

“Usaha ini mencerminkan visi bersama kami untuk menyokong pembangunan bandar raya Pulau Pinang dan meningkatkan akses untuk masyarakat.

“ROFR seterusnya untuk membangunkan tanah bersebelahan akan menyediakan potensi untuk pengembangan lanjut selain mengukuhkan jejak kami yang semakin berkembang di pasaran hartanah Pulau Pinang,” katanya.

— BERNAMA

Tags: HOAJVKerjaya Prospek Grouppembangunan bercampurPulau Pinangtanah
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In