• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Destini Peroleh Kontrak Penyenggaraan Kelengkapan Pesawat Bernilai RM33.05 Juta

in Catalyst
A A
Destini Peroleh Kontrak Tambahan MINDEF Dengan Kontrak Siling Baharu Bernilai RM181.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat tersebut berkata kontrak tiga tahun itu bermula hari ini hingga 10 Nov, 2027.

“Syarikat juga diminta menyediakan bon prestasi sebanyak RM550,800 serta melaksanakan ‘Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) – Ready to Work’ dan kos ditanggung oleh DPSB,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam kenyataan berasingan, penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu tersebut berkata, kontrak baharu itu melonjakkan nilai perolehan kontrak melebihi RM800 juta yang sekali gus meningkatkan aliran pendapatan kumpulan sehingga 2027.  

Pengarah Eksekutif Destini Bhd Ismail Mustaffa berkata kontrak berkenaan dijangka membawa kesan positif kepada prestasi kewangan Destini, menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan dan mengukuhkan aset bersih bermula pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025, serta sepanjang tempoh kontrak. 

“Nilai perolehan kontrak syarikat semasa kami meningkat kepada kira-kira RM824 juta manakala nilai tender dianggakan kira-kira RM777 juta.

“Kontrak ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kumpulan untuk mengekalkan piawaian tertinggi  dalam penyenggaraan dan keselamatan aset kritikal tentera udara,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: anugerahDestini BhdMINDEFtentera udara
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In