• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hartalega Catat Penurunan Dalam Untung Bersih Suku Kedua Kepada RM8.63 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Hartalega Susut 96.1 Peratus Kepada RM88.28 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Hartalega Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM8.63 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 (tahun kewangan 2025) daripada RM27.70 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Kumpulan berkenaan berkata kemerosotan dalam keuntungan bersih pada suku kedua disebabkan oleh kos bahan mentah yang lebih tinggi dan turun naik pertukaran asing.

Hasil bagaimanapun, adalah lebih tinggi kepada RM652.07 juta daripada RM452.09 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas yang disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah jualan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, kumpulan itu kembali mencatat untung dengan keuntungan bersih sebanyak RM40.55 juta berbanding kerugian bersih RM24.77 juta setahun lalu, manakala pendapatan melonjak kepada RM1.24 bilion daripada RM892.12 juta sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Kuan Mun Leong berkata kumpulan itu telah memulakan operasi komersial untuk beberapa barisan pengeluaran baharu dalam projek pembesaran Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Generasi Akan Datang (NGC) 1.5 di Sepang.

“Kemudahan canggih ini yang berupaya meningkatkan kecekapan pengeluaran, mencerminkan komitmen kami kepada kecemerlangan operasi dan mengukuhkan kedudukan kami untuk memanfaatkan peluang pasaran baharu.

“Kami telah mengambil pendekatan berhati-hati untuk mengaktifkan barisan pengeluaran baharu, memastikan perkembangan kami sejajar dengan dinamik pasaran,” katanya.

Kuan berkata pelaburan strategik Hartalega untuk meningkatkan keupayaan pengilangan termaju dan kecekapan operasi telah meletakkan asas yang kukuh bagi mencapai pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

“Pelan strategik lima tahun kami yang mantap terus memacu kami ke hadapan dengan penekanan pada kemajuan teknologi, usaha pengoptimuman kos serta komitmen teguh terhadap kecemerlangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Permintaan bagi produk penjagaan kesihatan global tetap kukuh dan kami telah meletakkan Hartalega pada kedudukan strategik untuk merebut peluang dalam pemulihan pasaran,” tambahnya.

Sementara itu, kumpulan berkenaan juga mengisytiharkan dividen satu peringkat pertama 0.56 sen sesaham yang perlu dibayar pada 11 Dis, 2024.

Pada 2.47 petang, harga saham Hartalega naik empat sen kepada RM3.25 sesaham. Sebanyak 6.56 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: HartalegaKeputusanKuan Mun Leongpembuatansarung tangan
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In