• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Nvidia Lepasi Nilai Pasaran $3.6 Trilion Selepas Kemenangan Trump

in Saham Global
A A
Nvidia Lepasi Nilai Pasaran $3.6 Trilion Selepas Kemenangan Trump
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Saham Nvidia melonjak ke paras tertinggi pada hari Khamis, menjadikan pengeluar cip AI terkenal ini sebagai syarikat pertama dalam sejarah yang melepasi nilai pasaran saham sebanyak AS$3.6 trilion. Wall Street terus dirangsang oleh sentimen positif selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS baru-baru ini.

Saham Nvidia naik 2.2%, didorong oleh keyakinan pelabur terhadap kemungkinan pemotongan cukai dan pelonggaran peraturan di bawah pentadbiran baharu. Para pelabur melihat kemenangan calon Republikan ini sebagai peluang untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih agresif dan lebih banyak insentif untuk perniagaan.

Nilai pasaran Nvidia kini berada pada paras $3.65 trilion, melepasi rekod yang dipegang oleh Apple sebanyak $3.57 trilion pada 21 Oktober. Pada hari Selasa, Nvidia secara rasmi mengatasi Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia, menurut data daripada LSEG.

Baca juga: Buka Akaun Trading Global Secara ONLINE Dengan CGS

Apple sendiri turut mencatat kenaikan saham sebanyak 2.1% pada hari Khamis, yang menambah nilai pasaran syarikat kepada $3.44 trilion.

Indeks teknologi S&P 500 telah melonjak lebih 4% dalam dua sesi dagangan sejak kemenangan Trump diumumkan pada hari Selasa, menunjukkan momentum positif di kalangan syarikat teknologi besar.

Nvidia telah menjadi salah satu peneraju utama dalam pasaran saham AS, didorong oleh permintaan yang tinggi dalam industri AI. Syarikat ini bersaing hebat dengan nama-nama besar seperti Microsoft dan Alphabet dalam usaha untuk memperkukuh kapasiti pengkomputeran AI mereka dan menguasai teknologi yang sedang berkembang pesat ini.

Saham syarikat yang berpusat di Silicon Valley ini telah melonjak 12% sepanjang bulan November, dengan nilai pasaran hampir tiga kali ganda sepanjang tahun 2024.

Dengan lonjakan tahun ini, nilai pasaran Nvidia kini mengatasi gabungan syarikat besar seperti Eli Lilly, Walmart, JPMorgan, Visa, UnitedHealth Group, dan Netflix, menjadikannya antara syarikat paling berpengaruh dalam dunia korporat global.

Menurut anggaran penganalisis, Nvidia dijangka melaporkan peningkatan pendapatan sukuan sebanyak lebih 80%, menjadikannya AS$32.9 bilion dalam laporan kewangan yang akan dikeluarkan pada 20 November nanti.

Pada bulan Jun yang lalu, Nvidia seketika menjadi syarikat paling bernilai di dunia sebelum diatasi oleh Microsoft dan Apple. Ketiga-tiga syarikat gergasi teknologi ini telah bersaing rapat dari segi nilai pasaran sepanjang beberapa bulan ini.

Nilai pasaran Microsoft berada pada hampir $3.16 trilion, dengan sahamnya meningkat sebanyak 1.25% pada hari Khamis.

(Sumber: Reuters. Rujukan artikel asal dari sini. Kredit kepada Noel Randewich; dan editor Lisa Shumaker)

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Tags: $3.6 TrilionNilai PasarannvidiaTrump
Share242ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In