• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini Didorong Kegiatan Membeli Saham Murah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal hari ini walaupun kebanyakan pasaran Wall Street semalaman mencatatkan prestasi positif selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memutuskan untuk menurunkan kadar faedah AS sebanyak 25 mata asas dalam mesyuaratnya semalam.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.34 mata kepada 1,627.62.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 159 berbanding 114 manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,880 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 129.39 juta saham bernilai RM61.75 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi selepas pengumuman penurunan kadar faedah, meneruskan kenaikan yang didorong oleh kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS.

“S&P 500 dan Nasdaq, masing-masing meningkat 0.74 peratus dan 1.51 peratus. Sementara itu, Dow Jones Industrial Average ditutup hampir tidak berubah.

“Pada masa yang sama, Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan keyakinan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong berkata kenaikan terkini dalam FBM KLCI menunjukkan minat belian yang kukuh, melambangkan peluang peningkatan semula yang baik dalam jangka masa pendek.

“Oleh itu, kami menjangka indeks utama akan berada dalam julat 1,620 hingga 1,640 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 8.0 sen kepada RM14.44, CIMB Group meningkat 2.0 sen kepada RM8.20 manakala Maybank merosot 2.0 sen kepada RM10.56, Public Bank berkurangan 3.0 sen kepada RM4.47 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.25.

Dalam kalangan saham aktif, 3Ren naik 1.5 sen kepada 47.5 sen, Microlink Solutions naik 2.0 sen kepada 16 sen dan Steel Hawk menambah setengah sen kepada 37.5 sen.

Sementara itu, DXN Holdings merosot 2.5 sen kepada 49 sen dan AHB Holdings tidak berubah pada 4.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 11.76 mata kepada 12,266.06, Indeks FBM Emas merosot 0.52 mata kepada 12,299.01, Indeks FBMT 100 jatuh 10.26 mata kepada 11,988.70, Indeks FBM 70 berkurangan 40.76 mata kepada 17,937.54 dan Indeks FBM ACE susut 18.41 mata kepada 5,146.44.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.61 mata kepada 173.90, Indeks Tenaga meningkat 3.01 mata kepada 830.99, Indeks Perladangan menambah 11.30 mata kepada 7,591.23 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 30.75 mata kepada 19,276.24.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaThong Pak LengWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In