• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024 

in Catalyst
A A
Fraser & Neave Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM103.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan syarikat pula meningkat kepada RM5.25 bilion daripada RM5.0 bilion sebelumnya,  didorong oleh jualan domestik yang lebih tinggi daripada operasi makanan dan minuman (F&B) di Malaysia serta Thailand selain eksport ke Kemboja.

Menerusi jualan domestik, kata syarikat itu, produk minuman, air dan produk tenusu dicatatkan menjadi pemacu kepada prestasi utama syarikat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

F&N berkata pendapatan F&B Malaysia bagi tahun semasa meningkat 3.5 peratus tahun ke tahun kepada RM2.95 bilion, didorong oleh permintaan yang kukuh semasa musim perayaan, disokong oleh penembusan pasaran yang berjaya selain kempen penjanaan permintaan,  walaupun ia sebahagiannya terjejas oleh pengurangan eksport.

Sementara itu, F&B Thailand merekodkan pendapatan sebanyak RM2.29 bilion bagi tahun kewangan 2024, mencerminkan pertumbuhan 6.7 peratus tahun ke tahun, didorong oleh jualan yang lebih kukuh ke Kemboja, susulan kejayaan promosi di seluruh negara dan impak penuh jualan Bear Brand sepanjang tahun.

“Jualan domestik sebahagiannya terjejas oleh bekalan susu segar yang terhad dan inisiatif perlindungan margin untuk produk tertentu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi prestasi F&N pada suku keempat, syarikat itu melaporkan untung bersihnya susut kepada RM84.99 juta berbanding RM137.56 juta pada tahun lepas manakala pendapatannya meningkat kepada RM1.26 bilion berbanding RM1.24 bilion sebelumnya.

“Pertumbuhan ini dipacu oleh jualan domestik yang lebih tinggi di F&B Malaysia dan F&B Thailand, walaupun menghadapi cabaran luar seperti ketegangan geopolitik yang memberi kesan kepada perdagangan dan logistik global, serta penukaran mata wang baht/ringgit yang tidak menguntungkan,” katanya.

Susulan keputusan yang menggalakkan, lembaga pengarah syarikat mencadangkan dividen akhir bertingkat tunggal sebanyak 33 sen setiap saham; jumlah pembayaran yang dianggarkan sekitar RM121.0 juta, yang dijadualkan dibayar pada 10 Feb, 2025.

Tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan F&N yang akan datang, jumlah dividen untuk tahun ini akan berjumlah 63 sen setiap saham, menjadikan jumlah pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2024 adalah sebanyak RM231.1 juta, katanya.

Bercakap mengenai prospek kumpulan bagi tahun kewangan 2025, Ketua Pegawai Eksekutif F&N Lim Yew Hoe menekankan kewaspadaan dan kebolehsuaian berterusan syarikat dalam menghadapi landskap global yang tidak menentu.

“Pada awal tahun ini, kami menekankan pendekatan berwaspada kami yang memasuki separuh kedua tahun ini dan kami terus kekal berwaspada serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran serta pergerakan geopolitik dan makroekonomi yang lebih luas.

“Sememangnya, sepanjang beberapa tahun lalu, kami secara sistematik membina kecekapan untuk penciptaan nilai dalam operasi kami.

“Ini membolehkan kami untuk membuat tindak balas strategik dan taktikal dengan tepat pada masanya, sama ada untuk mengurangkan risiko atau memanfaatkan peluang,” kata Lim.

–BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: dividenF&BF&NKeputusanMalaysiasuku keempattahun kewangan 2024
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In