fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Meningkat Menjelang Keputusan OPR, Pilihan Raya Presiden AS

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata menjelang dua acara penting hari ini – keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.02 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.01 mata kepada 1,624.71 daripada 1,620.70 pada Selasa. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.71 mata kepada 1,624.41.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 130 berbanding 63 manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,979 kekal tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 84.83 juta saham bernilai RM34.26 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi semalaman menjelang keputusan pilihan raya presiden AS, yang dijangka sengit.

“Sementara itu, hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.28 peratus menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (pada Khamis),” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, Thong berkata FBM KLCI berjaya ditutup melebihi paras 1,620 semalam dalam sesi dagangan yang tidak menentu berikutan pelabur terus membeli saham bank, perladangan dan telekomunikasi menjelang keputusan pendapatan syarikat pada akhir bulan ini.

“Walaupun prospek Wall Street kekal tidak menentu, kami menjangka bursa tempatan akan kekal stabil selepas jualan baru-baru ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing meningkat 4.0 sen kepada RM10.58 dan RM14.12, CIMB Group naik 3.0 sen kepada RM8.15, Public Bank menambah 1.0 sen kepada RM4.44 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.31.

Daripada kaunter aktif, 3Ren yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 5.0 sen kepada 33 sen, Cape EMS menambah 1.0 sen kepada 37 sen, Top Glove naik 2.0 sen kepada RM1.10 dan KHPT Holdings menokok setengah sen kepada 20.5 sen.

Pegasus Heights tidak berubah pada 1.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.35 mata kepada 12,253.59, Indeks FBMT 100 meningkat 29.16 mata kepada 11,967.98 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 21.72 mata kepada 12,206.53.

Indeks FBM 70 meningkat 42.11 mata kepada 17,778.87 manakala Indeks FBM ACE merosot 2.50 mata kepada 5,066.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 44.91 mata kepada 19,212.44, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.28 mata kepada 172.59, Indeks Tenaga menambah 3.25 mata kepada 840.60 dan Indeks Perladangan meningkat 22.46 mata kepada 7,634.89.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaOPRThong Pak LengWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In