• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Menuju Ke Pasaran Utama: IPO Life Water Terlebih Langgan 32.19 Kali

in Asas Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Life Water Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Saham syarikat minuman Life Water Bhd yang berpangkalan di Sabah dan disediakan untuk orang ramai di bawah tawaran awam permulaan (IPO) telah terlebih langgan sebanyak 32.19 kali.

Life Water yang dijadualkan untuk penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities pada 13 Nov, 2024 berkata sebanyak 16,072 permohonan untuk 785.38 juta saham baharu bernilai RM510.5 juta diterima daripada orang awam Malaysia.

Jumlah saham yang diperuntukkan untuk mereka ialah 23.66 juta saham berharga 65 sen setiap satu.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

IPO Life Water sebanyak 125.95 juta saham terdiri daripada terbitan awam sebanyak 97.56 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan 28.39 juta saham sedia ada melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih.

Terbitan awam terdiri daripada 23.66 juta saham baharu yang diperuntukkan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, 14.20 juta saham baharu untuk permohonan oleh individu yang layak, 560,000 saham baharu untuk tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih dan 59.15 juta saham baharu untuk tawaran saham persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti serta diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Life Water berkata bagi bahagian Bumiputera, sejumlah 6,814 permohonan untuk 275.66 juta saham baharu telah diterima yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 22.30 kali.

“Untuk bahagian awam, sejumlah 9,258 permohonan untuk 509.72 juta saham baharu telah diterima, yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 42.09 kali,” katanya.

Sementara itu, Life Water berkata semua saham yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan individu yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

Semua saham baharu yang diperuntukkan untuk tawaran saham persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti serta saham baharu dan sedia ada yang diperuntukkan untuk tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih telah dikeluarkan sepenuhnya.

Life Water berkata notis peruntukan akan dihantar kepada semua pemohon yang berjaya pada 11 Nov, 2024.

Life Water menjangkakan untuk mengumpulkan RM63.42 juta melalui terbitan itu.

Menurut prospektusnya pada 22 Okt, 2024, berdasarkan modal saham syarikat yang diperbesarkan sebanyak 473.18 juta saham pada harga IPO, permodalan pasaran syarikat akan menjadi kira-kira RM307.57 juta.

Kira-kira 84 peratus daripada jumlah hasil akan diperuntukkan untuk pengembangan perniagaan.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO.

— BERNAMA

TAG: Life Water, IPO, Pasaran utama, Bursa Malaysia, terlebih langganan

Tags: Bursa MalaysiaIPOLife WaterPasaran Utamaterlebih langganan
Share220ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In