• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IHH Selesai Pengambilalihan Island Hospital Pada Harga RM3.9 Bilion

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih IHH Healthcare Melonjak Kepada RM612.20 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — IHH Healthcare Bhd (IHH) telah menyelesaikan pengambilalihan Island Hospital, kemudahan 600 katil di Pulau Pinang melalui pertimbangan ekuiti lebih kurang RM3.9 bilion.

Penyedia penjagaan kesihatan itu melalui satu kenyataan hari ini berkata pengambilalihan tersebut menandakan langkah penting dalam pengembangan strategik IHH di Malaysia, selain mengukuhkan komitmennya untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara serta menyediakan pesakit di wilayah utara akses yang lebih besar kepada penjagaan kesihatan bertaraf dunia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Langkah itu akan mengukuhkan peranan IHH dalam menyokong wawasan kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai hab terkemuka dalam pelancongan perubatan, menarik pesakit antarabangsa yang mahu mendapatkan rawatan canggih dan penjagaan kesihatan yang luar biasa.

“Memandangkan Pulau Pinang terus mengukuhkan dirinya sebagai destinasi utama untuk pesakit antarabangsa yang mencari rawatan perubatan berkualiti tinggi dan berkos efektif, pemerolehan ini meletakkan IHH agar terus menyumbang kepada aspirasi pelancongan perubatan Malaysia yang semakin meningkat,” katanya.

Sebagai imbasan, anak syarikat milik tidak langsung IHH, Pantai Holdings Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pada 4 Sept lepas bagi mengambil alih Island Hospital dengan pertimbangan ekuiti sebanyak RM3.92 bilion tunai.

Island Hospital dan anak syarikatnya mempunyai hutang bersih berjumlah RM276.3 juta setakat 30 Jun 2024.

Dengan penambahan Island Hospital, IHH kini mengendalikan 18 hospital di seluruh Malaysia merangkumi 11 Hospital Pantai, empat Hospital Gleneagles, Pusat Perubatan Prince Court dan Pusat Perubatan Timberland.

“Selain menyepadukan kepakaran klinikal Island Hospital ke dalam rangkaiannya, IHH akan meneroka peluang pembangunan dalam bank tanah hospital itu, sebagai jaminan pertumbuhan masa depannya di rantau ini serta memenuhi permintaan penjagaan kesihatan yang bertambah daripada pesakit tempatan dan antarabangsa,” kata IHH.

Ketua Pegawai Korporat Kumpulan IHH, Ashok Pandit berkata pengambilalihan tersebut akan meningkatkan kepimpinan IHH dalam penjagaan kesihatan dan pelancongan perubatan di Malaysia.

“Pemerolehan ini menggariskan komitmen kumpulan kami untuk meningkatkan penjagaan kesihatan serta hasil di seluruh rangkaian global kami, sambil mencipta nilai yang mampan bagi pihak berkepentingan melalui pelaburan yang strategik dan akretif.

“Bersama-sama dengan pasukan berbakat di Island Hospital, kami akan menggunakan kepakaran kami yang mendalam dan pengalaman untuk memberikan pengalaman pesakit serta kualiti klinikal yang lebih baik kepada pesakit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IHH Malaysia, Jean-François Naa berkata penambahan Island Hospital menandakan satu peristiwa penting dalam komitmen kumpulan untuk meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian penjagaan di Malaysia.

“Berdasarkan kepada kecemerlangan operasi rekod prestasi kami yang terbukti dan kejayaan mengintegrasikan aset yang diperoleh, kami akan mengukuhkan lagi keupayaan Island Hospital dengan memperkenalkan rawatan yang lebih maju dan menambah baik pengalaman pesakit.

“Tumpuan kami kekal pada menyediakan penjagaan yang luar biasa kepada pesakit tempatan dan antarabangsa, sambil menyumbang kepada peningkatan Malaysia sebagai hab pelancongan perubatan,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: IHH Healthcarepengambilalihan
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In