• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Elridge Energy Meterai MoU Bekal Bahan Api Biojisim

in Catalyst
A A
Elridge Energy Meterai MoU Bekal Bahan Api Biojisim
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Elridge Energy Holdings Bhd (Elridge Energy) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Bio Eneco Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan JFE Shoji Group (JFE Shoji) bagi membekalkan bahan api biojisim selama 15 tahun mulai tahun depan.

JFE Shoji adalah kumpulan perdagangan beribu pejabat di Tokyo, Jepun.

Elridge Energy dalam satu kenyataan hari ini berkata MoU jangka panjang itu bakal memberi kesan positif kepada prestasi kewangan pada masa hadapan.

Menerusi MoU itu, Elridge Energy akan membekalkan 150,000 tan tempurung isirung sawit (PKS) diperakui Green Gold Label setiap tahun, bermula April 2025 dan berakhir pada Mac 2040.

“MoU ini menunjukkan terdapat peningkatan permintaan terhadap bahan api biojisim yang diperakui, terutama di beberapa negara seperti Jepun, yang amat komited dalam menangani perubahan iklim,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Elridge Energy Oliver Yeo.

Sementara itu, Pengarah Urusan JFE Shoji (Malaysia) Sdn Bhd Takeshi Sudo berkata perkongsian strategik dengan Elridge Energy adalah berdasarkan pelbagai faktor seperti kebolehpercayaan, kecekapan kos dan kapasiti.

“Kami harap kerjasama ini akan membolehkan kami memenuhi kehendak pasaran seperti Jepun dan Thailand dengan lebih baik,” kata Sudo.

Pelbagai produk bahan api biojisim seperti PKS dan pelet kayu boleh digunakan bagi menjana elektrik di loji tenaga serta berfungsi sebagai bahan api dandang industri berkaitan pembuatan.

— BERNAMA

TAG: Elridge Energy, biojisim, MoU, JFE Shoji Group, Jepun 

Tags: biojisimElridge EnergyJFE Shoji GroupMoU
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In