KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd, Gamuda Engineering Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM451.4 juta daripada BCEI Malaysia Sdn Bhd untuk membina pusat data di Cyberjaya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu berkata skop kerja termasuk kerja-kerja asas, sivil, struktur dan seni bina (FCSA).
Projek itu akan bermula pada suku keempat 2024 dan dijadualkan siap pada Suku Pertama 2026, katanya.
Gamuda berkata kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025, sehingga kerja-kerja FCSA selesai.
BCEI ialah firma kejuruteraan utama yang mengkhususkan dalam perancangan, reka bentuk dan pembinaan kemudahan teknologi maklumat bagi banyak syarikat Fortune 500.
— BERNAMA