• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, November 27, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Apabila Kenaikan Di Wall Street Lonjak Sentimen

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok.

Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.94 mata kepada 1,613.92 daripada 1,603.98 ketika ditutup Jumaat minggu lepas.

Indeks penanda aras itu meningkat 3.77 mata untuk mencecah 1,607.75 apabila dagangan dibuka.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 195 berbanding 144, manakala 320 kaunter tidak berubah, 1,742 kaunter kekal tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 178.76 juta saham bernilai RM103.08 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih kukuh apabila pelabur mengenepikan data pekerjaan Oktober yang lemah, ekoran gangguan sementara akibat taufan dan mogok.

“Selain itu, Nvidia bersedia untuk menggantikan Intel dalam Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) minggu depan, manakala hasil perbendaharaan AS berjangka 10 tahun melonjak melepasi 4.3 peratus, berakhir pada 4.386 peratus, mencerminkan kebimbangan mengenai keputusan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang akan datang,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata FBM KLCI dapat kekal di atas ambang 1,600 minggu lepas, turun sedikit dalam tempoh sekejap sebelum pembelian semasa harga murah menyokong indeks itu.

“Bagaimanapun, pelabur berhati-hati memandangkan kita memasuki minggu yang tidak menentu menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok.

“Kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,595 hingga 1,605 hari ini.” katanya.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan diadakan esok, dengan Naib Presiden Kamala Harris dari Parti Demokrat dan bekas Presiden Donald Trump dari Parti Republikan sebagai calon utama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 8.0 sen kepada RM10.48, CIMB Group meningkat 13 sen kepada RM8.08, Tenaga Nasional melonjak 14 sen kepada RM14.04, dan IHH Healthcare menambah 4.0 sen kepada RM7.32.

Public Bank kekal tidak berubah pada RM4.46.

Saham aktif, Cape EMS menambah 2.5 sen kepada 33.5 sen, Sorento Capital menokok 2.0 sen kepada 39.5 sen, dan Bahvest Resources naik 1.0 sen kepada 85 sen.

Sementara itu, Alpha IVF Group kekal pada 35 sen, dan Techna-X turun 1.0 sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 61.93 mata kepada 12,190.27, Indeks FBMT 100 naik 62.88 mata kepada 11,902.67, dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 41.01 mata kepada 12,143.45.

Indeks FBM 70 menambah 55.19 mata kepada 17,734.12, dan Indeks FBM ACE meningkat 8.74 mata kepada 5,005.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 122.17 mata kepada 19,126.93, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.35 mata kepada 173.92, dan Indeks Tenaga menambah 4.29 mata kepada 843.09.

Sementara itu, Indeks Perladangan menguncup 16.57 mata kepada 7,439.80.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysianvidiapilihan raya presiden ASRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In