• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Memahami Nisbah Kewangan Siri 1: Liquidity Ratio

in Fundamental Analisis
A A
Memahami Nisbah Kewangan Siri 1: Liquidity Ratio
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Salah satu kaedah untuk menganalisis syarikat adalah dengan menggunakan nisbah kewangan. Namun, sudah tentu terdapat berpuluh atau beratus nisbah kewangan yang ada. Nak guna yang mana satu? 

Kami bercadang untuk bawakan lima siri artikel berkaitan dengan nisbah kewangan yang anda boleh guna.

Artikel siri pertama ini menerangkan mengenai liquidity ratio ataupun dalam Bahasa Malaysia sebagai nisbah kecairan.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Pernahkah anda dengar mengenai liquidity ratio? 

Liquidity ratio mengukur keupayaan sesebuah syarikat untuk membayar hutang jangka masa pendeknya dan menilai wang tunai serta aset boleh cair syarikat tersebut. 

Di bawah liquidity ratio, terdapat tiga nisbah yang berkaitan iaitu:

  1. Current Ratio
  2. Quick Ratio
  3. Cash Ratio 

Current Ratio / Nisbah Semasa

Current ratio dianggap sebagai satu formula atau alat yang mengukur kemampuan sesebuah syarikat untuk membayar liabiliti jangka masa pendek. Ia dilakukan dengan membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa yang dimiliki syarikat tersebut.

Formula current ratio adalah seperti di bawah.

Contoh aset semasa adalah seperti tunai, inventori, dan aset lain yang dijangka akan menjadi tunai dalam tempoh kurang dari setahun. 

Current liability atau liabiliti semasa merupakan liabiliti yang perlu dibayar dalam tempoh satu tahun dan biasanya akan dibayar menggunakan aset semasa. Contoh liabiliti semasa ialah liabiliti kontrak, pinjaman jangka masa pendek, geran, cukai semasa dan beberapa lagi.

Maklumat-maklumat ini boleh didapati daripada balance sheet.

Sumber: Laporan kewangan Suku Kedua 2023 Greatech

Sekarang ini, current ratio yang tinggi atau rendah adalah lebih baik?

Sebuah syarikat dianggap dapat membayar balik liabiliti jangka masa pendek menggunakan aset semasanya apabila memiliki current ratio lebih dari 1. 

Semakin tinggi nisbah semasa, semakin tinggi kemampuan syarikat untuk membayar semula liabiliti. 

Quick Ratio 

Quick ratio ialah formula dan metrik kewangan yang menentukan sejauh mana syarikat boleh membayar hutang semasanya. Akauntan dan profesional kewangan lain sering menggunakan nisbah ini untuk mengukur kesihatan kewangan syarikat dengan mudah dan cepat. 

Quick ratio tidak mengambil kira inventori, oleh itu inventori akan ditolak daripada aset semasa dalam kira-kira. Maka dalam kata yang lebih mudah, quick ratio bersamaan dengan aset semasa yang mudah dicairkan bahagi dengan liabiliti semasa. 

Contoh aset yang mudah cair adalah seperti wang tunai, wang simpanan, ekuiti seperti bon dan saham, akaun belum terima seperti hutang atau wang yang belum dibayar oleh pelanggan.

Formula quick ratio adalah seperti di bawah.

Semakin besar nilai quick ratio, ia menunjukkan syarikat mampu membayar liabiliti semasa dengan segera. 

Cash Ratio / Nisbah Tunai

Cash ratio atau nisbah tunai mengukur kemampuan syarikat untuk membayar balik hutang dengan menggunakan tunai yang dimiliki syarikat.

Ia membandingkan berapa banyak wang tunai yang ada dan berapa banyak hutang syarikat. 

Formula cash ratio adalah seperti di bawah.

Cash and cash equivalents termasuk semua jenis pelaburan yang dapat dicairkan menjadi wang tunai dalam tempoh 90 hari. Maklumat cash and cash equivalents boleh didapati dari penyata aliran wang (statement of cash flow). 

Sumber: Laporan kewangan Suku Kedua 2023 Greatech

Current liabilities pula adalah pinjaman / hutang yang perlu dibayar dalam tempoh yang singkat iaitu satu tahun.

Jom lihat penerangan di bawah.

Cash ratio > 1 : Kewangan syarikat berada dalam keadaan stabil dan dapat membayar liabiliti

Cash ratio = 1 : Syarikat mempunyai tunai yang hanya mencukupi untuk membayar liabiliti

Cash ratio < 1 : Syarikat tidak mempunyai tunai yang mencukupi untuk membayar balik liabiliti 

Kesimpulannya, semakin tinggi nilai cash ratio, semakin bagus kedudukan syarikat. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Cash RatioCurrent RatioLiquidity RatioQuick Ratio
Share322ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In