• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pemasangan Kenderaan Jadi Pilihan EP Manufacturing Pelbagaikan Perniagaan

in Catalyst
A A
EPMB Dapat Kelulusan MITI Untuk Lesen Pembuatan EV Empat Roda
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — EP Manufacturing Bhd (EPMB) bercadang untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan utamanya dengan memasukkan industri pemasangan kenderaan dalam portfolio.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata dengan menceburi perniagaan pemasangan kenderaan, EPMB Group akan dapat mengembangkan kehadirannya dalam rantaian bekalan huluan industri automotif yang lebih luas.

“Cadangan mempelbagaikan perniagaan itu akan membolehkan kumpulan menghasilkan aliran pendapatan tambahan untuk melengkapkan perniagaan automotif sedia ada, yang dijangka menyumbang secara positif kepada keputusan kewangan kumpulan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Selain itu, ia bagi memastikan pertumbuhan dan kemampanan kumpulan sambil mengurangkan pergantungannya kepada perniagaan automotif sedia ada,” katanya.

Menurut EPMB, kerjasama dengan BAIC International Development Co Ltd (BAIC) dan Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd (GWM) juga mungkin mewujudkan peluang perniagaan merangkumi antara lain, pembuatan alat ganti dan komponen automotif untuk BAIC dan GWM.

Ia berkata cadangan mempelbagaikan perniagaan itu tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham EPMB pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan kelak.

Menurut kumpulan itu, tanpa berlakunya sebarang keadaan yang di luar jangka, cadangan mempelbagaikan perniagaan berkenaan dijangka selesai menjelang suku keempat 2024.

EPMB Group terlibat dalam pembuatan alat ganti dan komponen automotif.

Portfolio produknya merangkumi pelbagai jenis pemasangan modular automotif, bahagian gantungan, komponen casis, bahagian badan, komponen bawah kenderaan yang menyokong enjin dan transmisi, tempat duduk kereta, tangki bahan api dan bahagian enjin.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiacadangan kepelbagaianEP ManufacturingEPMBpemasangan kenderaan
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In