• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MyEG, Heitech Padu Mula Kerjasama Laksana Projek e-Kerajaan

in Catalyst
A A
MyEG, Heitech Padu Mula Kerjasama Laksana Projek e-Kerajaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — MY E.G Services Bhd (MYEG) dan Heitech Padu Bhd hari ini mengumumkan permulaan kerjasama kedua-dua syarikat bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai projek e-kerajaan di Malaysia.

MYEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerjasama tersebut selaras dengan Perjanjian Kerjasama yang dimeterai oleh kedua-dua pihak pada 15 April 2024.

“Perjanjian itu membuka jalan kepada kedua-dua syarikat untuk menggabungkan kekuatan dan kepakaran masing-masing dalam memenuhi amanah yang diberikan bagi melaksanakan projek e-kerajaan yang penting.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“MYEG dan Heitech Padu menyasarkan bekerja secara sinergi untuk menerapkan teknologi yang paling inovatif dalam memangkin revolusi digital sektor awam dan akhirnya membolehkan perkhidmatan kerajaan disampaikan kepada pengguna akhir pada tahap yang sentiasa tinggi,” katanya.

Baru-baru ini, HeiTech Padu memperoleh kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk membina, membekal, menghantar, memasang, konfigurasi, menyepadukan, menguji dan mengoperasikan perkakasan, perisian dan sistem digitalnya.

Syarikat itu turut mendapat projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIse) daripada Jabatan Imigresen Malaysia bernilai RM892.19 juta.

“Setelah memulakan operasi hampir 25 tahun lalu, MYEG berharap untuk menggunakan rekod prestasi terbukti dan keupayaan teknologinya bagi menyokong serta melengkapkan Heitech Padu untuk manfaat semua pihak berkepentingan,” kata MYEG.

— BERNAMA

Tags: e-kerajaanHeiTech PadukerjasamaMYEG
Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In