fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Apa Sudah Jadi Dengan Perak Corporation Berhad?

in Fundamental Analisis
A A
Apa Sudah Jadi Dengan Perak Corporation Berhad?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Baru-baru ini terbaca berita berkenaan Perak Corporation Berhad diberi tempoh lanjutan sehingga 9 Februari 2025 untuk menghantar pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia. Hal ini kerana, Perak Corporation telah jatuh ke dalam kategori PN17 sejak Februari 2020.

Sudah hampir lima tahun syarikat ini telah berada dalam kategori PN17. 

Sumber: Berita Harian

Sebelum kita melihat kepada apa yang telah terjadi, mari kita ambil tahu latar belakang syarikat terlebih dahulu.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

Ulasan Keputusan: Sunway Construction [$SUNCON] 21 Mei 2025

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Perak Corporation Berhad ditubuhkan pada tahun 1991. Perniagaan utamanya boleh dikategorikan kepada empat aktiviti teras iaitu:

  • Hartanah
  • Pelabuhan & logistik
  • Pelancongan & Hospitaliti
  • Perkhidmatan pengurusan

Tahukah anda Perak Corporation Berhad merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)?

PKNP merupakan pemegang saham utama Perak Corporation dengan pemilikan sebanyak 52.27%. Selain PKNP, Sime Darby Property Berhad juga merupakan antara pemegang saham utama.

Sumber: Laporan Kewangan Tahunan 2023

Pemegang Saham Utama

Berdasarkan carian di Bursa Market Place, berikut merupakan Top 10 pemegang saham Perak Corporation.

Sumber: Bursa Marketplace

Prestasi Kewangan Tahunan

Sumber: malaysiastock.biz

Jika dilihat pada kewangan tahunan PRKCORP, ia telah mengalami kerugian sejak tahun 2016 sehingga 2021. Bermula tahun 2022, Perak Corporation mula kembali membuat keuntungan.

Mari kita lihat prestasi berdasarkan segmen.

Sumber: Laporan Tahunan Kewangan 2023

Daripada empat aktiviti perniagaan yang dijalankan, penyumbang terbesar pendapatan serta keuntungan adalah daripada segmen pelabuhan dan logistik. Dua daripada segmen perniagaan Perak Corporation dilihat mengalami kerugian pada tahun 2023. 

Kerugian terbesar datangnya daripada segmen perkhidmatan pengurusan. Segmen tersebut hanya mampu menjana pendapatan sebanyak RM1.8 juta tetapi mengalami kerugian sebanyak RM12.30 juta.

Prestasi 2024

Setakat separuh tahun pertama 2024, syarikat telah merekodkan keuntungan sebanyak RM263 ribu, 4.71% lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas kerana perolehan yang lebih rendah pada 2024.

Sumber: KLSE Screener

Pelan Regularisasi Perak Corporation

Sumber: Laporan Suku Kedua 2024

Dengan penyelesaian isu hutang, syarikat kini sedang dalam proses memuktamadkan rancangan untuk menyusun semula keadaan kewangannya bagi mencapai perkara berikut: 

  • (a) pembayaran balik obligasi hutang masa depan Kumpulan syarikat melalui penebusan Saham Keutamaan Boleh Tebus (RPS) yang dikeluarkan kepada institusi kewangan dan yang akan dikeluarkan kepada Pemiutang Skim Baru serta penyelesaian kepada Pemiutang Skim Baru dalam urusan perniagaan biasa; 
  • (b) memperbaiki keadaan kewangan kumpulan syarikat dengan memperoleh projek atau perniagaan baru untuk merancakkan semula segmen perniagaan sedia ada kumpulan dalam pelabuhan dan logistik, pembangunan hartanah, serta hospitaliti dan pelancongan; dan 
  • (c) cadangan penyusunan semula penyata imbangan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan masa depannya

Berdasarkan berita yang diterbitkan terbaharu, menurut Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perak Corporation telah berada di fasa akhir untuk menyelesaikan pelan regularisasinya untuk keluar dari PN17. Tiada sebarang maklumat penting yang diumumkan oleh PNKP berkenaan dengan pelan tersebut namun komited akan berkongsi dengan para pemegang saham info terkini setelah selesai menghantar pelan tersebut kepada Bursa.

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Perak Corppn17
Share258ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

12 hours ago
Anak Syarikat SunCon Dapat Kontrak Bernilai RM218.76 Juta Daripada GBS Suria
Catalyst

Ulasan Keputusan: Sunway Construction [$SUNCON] 21 Mei 2025

3 days ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

1 week ago
Ulasan Keputusan: MR. D.I.Y Group [6 Mei 2025]
Catalyst

Ulasan Keputusan: MR. D.I.Y Group [6 Mei 2025]

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In