• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Segmen Pengguna, Teknologi, EV, Solar, Hartanah Dan Bahan Binaan Adalah Pemenang Belanjawan 2025

in Trading Idea
A A
Segmen Pengguna, Teknologi, EV, Solar, Hartanah Dan Bahan Binaan Adalah Pemenang Belanjawan 2025
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat segmen pengguna, teknologi, kenderaan elektrik (EV), solar, pembinaan, hartanah dan bahan binaan adalah pemenang dalam Belanjawan 2025.

Dalam nota penyelidikan hari ini, firma itu berkata sektor automotif, gas asli dan solar juga akan mendapat manfaat daripada inisiatif positif dan mendorong inisiatif hijau di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Sektor teknologi, hartanah, pembinaan dan bahan binaan juga dijangka mendapat manfaat daripada tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan elektrik dan elektronik (E&E), ditambah dengan perbelanjaan infrastruktur awam yang berterusan serta pelepasan cukai hartanah sebanyak RM5,000 -RM7,000 dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Malacca Securities menyatakan jaminan kerajaan bernilai RM12.8 bilion yang diluluskan untuk lebih 57,000 pembeli rumah kali pertama akan memberi kesan positif kepada sektor hartanah kerana ia menawarkan inisiatif pemilikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Ia berkata kerajaan telah meluluskan lebih 57,000 pembeli rumah kali pertama melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan RM900 juta diperuntukkan untuk 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Ia menambah insentif pelepasan cukai sehingga RM7,000 bagi hartanah kediaman berharga atau di bawah RM500,000 dan sehingga RM5,000 untuk hartanah berharga antara RM500,000 dan RM750,000 dijangka meringankan kos awal pemilikan walaupun kesan jangka panjang berkemungkinan kecil.

Firma penyelidikan itu berkata bagi sektor teknologi, sokongan Khazanah Nasional terhadap industri semikonduktor akan meletakkan Malaysia sebagai hab semikonduktor, disokong oleh AI dan inisiatif pendidikan teknologi digital serta pelaburan strategik oleh Khazanah dalam industri semikonduktor tempatan.

“Khazanah telah berjanji memperuntukkan RM1 bilion untuk meningkatkan pelaburan dalam industri semikonduktor tempatan, dengan tambahan RM200 juta diperuntukkan melalui program K-Youth bagi menyediakan 11,000 bakat tempatan,” katanya.

Ia juga berkata matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab semikonduktor boleh disokong dengan peruntukan RM20 juta kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menambah bilangan jurutera E&E.

Firma itu menekankan pembiayaan untuk pendidikan AI di universiti penyelidikan ditingkatkan kepada RM50 juta dengan potongan cukai khas untuk institusi swasta membangunkan kursus lanjutan dalam teknologi digital dan AI.

Selain itu, Malacca Securities menjangkakan masa depan yang positif bagi segmen solar dan EV apabila dasar tenaga hijau dilanjutkan.

Dana kemudahan NETR telah dinaikkan daripada RM100 juta kepada RM300 juta, ditambah dengan pengenalan cukai karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga menjelang 2026 yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon dalam industri-industri tersebut, tambahnya.

— BERNAMA

Tags: BelanjawanhartanahMalacca Securitiespemenang
Share227ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In