fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal hari ini tetapi merosot kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana selepas mencatatkan kenaikan yang ketara minggu lepas, kata penganalisis. 

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.30 mata kepada 1,644.69 daripada 1,645.99 pada Jumaat lepas. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.72 mata kepada 1,646.71.

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Suasana pasaran negatif, dengan 363 kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 137 manakala 302 kaunter kekal tidak berubah, 1,679 saham tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 257.21 juta unit bernilai RM143.14 juta. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI  mengakhiri minggu lepas dengan mencatatkan positif, didorong oleh optimisme berkaitan Belanjawan 2025. 

“Melihat ke hadapan, kami neutral terhadap Belanjawan 2025. Bagaimanapun, kami menjangka pasaran mungkin sedikit kecewa dengan ketiadaan pelaksanaan projek infrastruktur.

“Namun, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih positif antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2025 dijangka menyuntik sedikit optimisme,” katanya kepada Bernama. 

Oleh itu, Thong menjangka indeks akan berada dalam julat 1,645 hingga 1,655 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot dua sen kepada RM10.64 dan IHH Healthcare berkurangan tiga sen kepada RM7.16.

Bagaimanapun, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.58, CIMB Group menambah empat sen kepada RM8.19 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.68. 

Bagi kaunter aktif, Globetronics Technology naik 3.5 sen kepada 65 sen, Cape EMS dan Alpha IVF, masing-masing meningkat setengah sen kepada 33.5 sen dan 36.5 sen, Datasonic Group menambah satu sen kepada 44.5 sen, bagaimanapun Dagang NeXchange merosot satu sen kepada 35 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 27.82 mata kepada 12,339.71, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 45.70 mata kepada 12,231.25, Indeks FBMT 100 susut 24.18 mata kepada 12,043.39 dan Indeks FBM 70 turun 90.08 mata kepada 17,625.55. 

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE naik 2.46 mata kepada 5,123.26.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga merosot 1.69 mata kepada 852.84, Indeks Perladangan berkurangan 20.27 mata kepada 7,253.26 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.35 mata kepada 176.07, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 19.03 mata kepada 19,487.59.

— BERNAMA 

Tags: Belanjawan 2025bukaBursa MalaysiaThong Pak LengWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In