fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Zecon Meterai MOU Dengan SDEC, CENTEXS Majukan Taman Berteknologi Hijau Di Sarawak

in Catalyst
A A
Zecon Peroleh Kemudahan Pembiayaan RM851.94 Juta Dari Bank Pembangunan Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Zecon Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) bagi memajukan Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Sarawak. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Zecon, yang juga pemilik tanah bagi projek itu berkata MOU tersebut bertujuan menjadikan KPGTP yang berkeluasan 1,214.06 hektar itu sebagai koridor teknologi tinggi hijau bersepadu sepenuhnya.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Taman teknologi itu dijangka merangkumi industri berteknologi tinggi, taman pusat data, hab inovasi yang dikuasakan oleh ladang solar 300 megawatt (MW) dan sistem penyimpanan tenaga bateri yang termaju, kata penyedia penyelesaian pembinaan dan kejuruteraan itu.

Zecon berkata di bawah perjanjian itu, SDEC akan mempunyai hak eksklusif untuk menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan di taman itu.

Sementara itu, Centexs menyediakan latihan kecekapan berasaskan industri dengan pembangunan bakat dan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja serta membangunkan tempat ujian dan aplikasi teknologi ke arah pengkomersialan. 

“Zecon pula bertanggungjawab untuk pengurusan tanah KPGTP, pembangunan infrastruktur jalan utama dan kemudahan di sepanjang jalan serta membina ladang solar 300MW,” katanya.

— BERNAMA

Tags: CENTEXSKPGTPSarawakSDECtaman berteknologi tinggi hijauZecon
Share216ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

12 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In