• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Strategi Untuk ‘Newbie’ Dan Pelabur Yang Baru Nak Berjinak-Jinak

in Asas Saham
A A
Strategi Untuk ‘Newbie’ Dan Pelabur Yang Baru Nak Berjinak-Jinak
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Salah satu ciri seorang pelabur yang baik adalah mereka yang tahu bagaimana hendak menguruskan modal dan membahagikannya dengan betul. Seorang pelabur yang bijak tidak akan bergantung kepada carta semata-mata, tetapi juga mengambil kira intrinsic value sesebuah saham syarikat. 

Sumber: Investopedia

Tokoh pelabur yang mengambil berat tentang intrinsic value adalah Warren Buffett, seorang yang sangat dikenali dalam dunia pelaburan saham dan beliau mendapat gelaran ‘The King Of Value Investing’.

Warren Buffett

Cara pelaburan Warren Buffett adalah beliau tidak mengharapkan keuntungan daripada naik turunnya harga dalam pasaran saham untuk jangka masa pendek. Tetapi beliau hanya menumpukan pengiraan dividen dan bonus yang diperolehi daripada pelaburan dalam sesuatu syarikat.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Untuk mengetahui cara mengira intrinsic value dengan lebih lanjut, kita semua boleh melayari laman youtube dengan menaip ‘How To Calculate The Intrinsic Value Of The Stock’.

Pembahagian Modal

Secara asasnya , terdapat tiga kriteria penting yang perlu pelabur kaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang saham syarikat.

Yang pertama adalah dengan mengkaji fundamental (Fundamental Analysis) syarikat tersebut, yang kedua adalah dengan membuat kajian teknikal (Technical Analysis). Yang ketiga adalah dengan peka terhadap pemangkin (catalyst) semasa yang mempengaruhi syarikat tersebut.

Para pelabur boleh melayari laman web Malaysiastock.biz bagi mencari maklumat fundamental dan catalyst berkenaan syarikat. Di laman web ini, semua maklumat kewangan dan berita yang terkini tentang syarikat boleh didapati dalam satu page sahaja.

Paparan di Malaysiastock.biz

Untuk membuat kajian teknikal pula, laman web seperti KLSE Screener dan boleh digunakan untuk membuat kajian secara percuma.

Berdasarkan kepada penilaian ketiga-tiga kriteria ini, ianya akan membantu para pelabur untuk membuat keputusan pelaburan di dalam syarikat yang tertentu untuk suatu tempoh yang tertentu.

Ringkasan kriteria-kriteria dan jangka masa yang sesuai
  1. Apabila ketiga-tiga kriteria seperti Fundamental ,Teknikal dan pemangkin syarikat bagus. Untuk saham ini, bolehlah kita mempertimbangkan untuk simpan dan peram saham ini untuk jangka masa yang panjang.
  2. Jika saham itu mempunyai fundamental yang tidak baik, tetapi analisis teknikalnya mempunyai petanda yang baik dan sentimen semasa menjadikan pemangkin syarikat yang bagus, kita boleh mengkategorikan saham tersebut untuk pelaburan jangka masa pendek kerana kenaikan yang berlaku dijangka hanya untuk sementara kerana asas perniagaan syarikat tidak kukuh.

  1. Sekiranya syarikat mempunyai fundamental yang bagus tetapi pemangkin berkenaan syarikat tiada, namun dari segi teknikalnya memberikan buy signal yang menarik. Pelabur boleh menggunakan kaedah hit and run terhadap saham syarikat ini. Pelabur dinasihatkan untuk tidak memegang saham dalam syarikat ini untuk jangka masa yang lama untuk mengelakkan kerugian yang besar sekiranya terdapat catalyst yang kurang baik terhadap syarikat ini.

Contoh kaunter yang sesuai dengan teknik hit and run sebelum ini adalah kaunter Parkson. Pada 14 September 2020, kaunter ini membuat kenaikan harga sebanyak 300% tanpa wujudnya sebarang pemangkin. Pelabur yang cekap boleh membuat belian intraday ketika minat belian sedang memuncak dan menjualnya setelah membuat keuntungan yang mencukupi berdasarkan Trading Plan masing-masing.

Berapa Modal Yang Diperlukan?

Jumlah modal pelaburan yang paling ideal adalah jumlah yang sekiranya hangus semua modal itu, kita masih boleh tersenyum, tidur masih lena dan tidak akan menyebabkan kemurungan. Elakkan daripada menggunakan wang simpanan atau wang kecemasan dalam pelaburan anda.

Mulakan Dengan Jumlah Yang Kecil

Jumlah yang kecil ini sebenarnya boleh digandakan berlipat kali ganda jika kita melabur dengan teknik yang betul. Jika kita mulakan pelaburan dengan modal RM2,000, pastikan kita boleh menggandakan wang ini menjadi RM4,000 dan RM8,000 seterusnya RM16,000. Modal yang kecil ini berbeza untuk setiap individu, maka tepuk dada tanya selera.

Bahagikan Duit Ke Beberapa Bahagian

Carta menunjukkan pembahagian wang yang boleh dilakukan

Sebagai contoh, jika kita memiliki modal sebanyak RM10,000, kita boleh bahagikan 70% daripada modal tersebut untuk saham yang sedang membuat fasa kenaikan atau uptrend dan saham yang mempunyai fundamental yang bagus.

Baki 30% lagi, anda boleh gunakan untuk saham dalam kategori short-term atau pun menggunakan teknik hit and run untuk saham-saham yang berpotensi.

Untuk kaunter saham yang dibeli bagi tujuan swing pula, hendaklah terdiri daripada kaunter yang memiliki kesemua ciri-ciri yang baik, iaitu fundamental yang bagus, carta teknikal yang menunjukkan signal belian, serta sentimen yang menyebelahi saham syarikat tersebut.

Bagi tujuan perdagangan (trade), tempoh jangka masa pegangan yang disarankan hanyalah untuk tempoh masa yang pendek sahaja. Fundamental syarikat tidak perlu diberikan tekanan yang sangat mendalam sekiranya terdapat signal belian serta sentimen semasa menyebelahi syarikat ini.

Jumlah modal yang disarankan pula adalah sedikit sahaja untuk kaunter-kaunter sebegini kerana syarikat ini tidak mempunyai asas fundamental yang baik dan dikhuatiri harga saham syarikat ini akan jatuh secara tiba-tiba setelah membuat kenaikan.

Bagi mengurangkan risiko dalam pelaburan kita, pelabur dinasihatkan untuk tidak meletakkan modal yang banyak kepada syarikat yang tidak mempunyai asas fundamental yang kukuh.

Cara pembahagian wang yang dilakukan oleh setiap orang adalah subjektif dan bergantung sepenuhnya kepada tahap toleransi risiko masing-masing. Contoh-contoh di atas adalah bertujuan sebagai panduan kepada anda untuk membahagikan modal pelaburan sebaiknya.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share406ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In