• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EATech Berada Di Landasan Keluar Dari PN17

in Catalyst
A A
EATech Peroleh Kelulusan Pemegang Saham Bagi Cadangan Terbitan Saham RM79.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — EA Technique (M) Bhd (EATech) sedang berada di landasan untuk keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama 2025, berikutan kejayaan pelaksanaan pelan penyelarasan syarikat pada 2024 serta peningkatan konsistennya dalam hasil dan keuntungan.

Pengarah Eksekutif Datuk Mubarak Hussain Akhtar Husin menjelaskan syarikat pengangkutan marin dan penyimpanan luar pesisir itu telah pun merekodkan pencapaian penting dalam mengukuhkan kedudukan kewangan serta kecekapan operasinya.

“Industri pengangkutan marin dan penyimpanan luar pesisir sedang mengalami trend menaik sehingga membolehkan EATech berada dalam kedudukan yang baik bagi memanfaatkan persekitaran ini. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Komitmen kami adalah untuk membina sebuah syarikat yang mantap, lebih berdaya tahan yang terus memberikan nilai kepada pemegang saham,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

EATech diletakkan di bawah PN17 selepas menghadapi kemerosotan dalam ekuiti pemegang saham akibat rundingan yang berpanjangan dan kemerosotan susulan pandemik COVID-19.

Syarikat itu juga menanggung kos variasi yang berkaitan dengan usahanya dalam sektor kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan, yang mana, ia telah menukar sebuah kapal tangki kepada kemudahan penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung. Sejak itu, ia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusun semula kedudukan kewangannya.

Dengan penyiapan pelan penyusunan semulanya pada pertengahan 2024, EATech kini tertumpu ke arah mencapai dua suku tahun yang menguntungkan berturut-turut, satu keperluan utama bagi peningkatan PN17.

Sehingga 30 Jun 2024, EATech melaporkan hasil berjumlah RM61.81 juta, dengan margin keuntungan kasar sebanyak 41 peratus melebihi purata industri. 

Syarikat itu juga mencatatkan keuntungan teras sebanyak RM12.17 juta bagi separuh pertama 2024, mempamerkan keupayaannya untuk mengekalkan operasi yang menguntungkan.

EATech berkata prestasi kewangannya disokong oleh tempahan dalam tangan yang agak cemerlang, dengan kontrak bernilai RM136.3 juta dan kontrak pilihan tambahan sebanyak RM281.2 juta, memberikan syarikat itu keterlihatan pendapatan untuk tahun-tahun akan datang.

“Kadar penggunaan semasa kami kekal pada 97 peratus, dan dengan kontrak utama yang sedia ada, kami yakin dapat mencapai keuntungan yang berterusan. Ini akan membolehkan kami memenuhi keperluan untuk keluar dari PN17,” kata Mubarak.

Selain itu, beliau menegaskan EATech giat mengejar peluang baharu termasuk sedang dalam peringkat akhir tender untuk meraih beberapa kontrak bernilai tinggi termasuk projek yang berpotensi dengan Petronas untuk kontrak Nautica Tembikai FSO.

Syarikat itu juga telah mempelbagaikan pangkalan pelanggannya, baru-baru ini ia mendaftar sebagai vendor dengan Brunei Shell, membuka saluran baharu untuk kontrak jangka panjang pada kadar sewa yang lebih tinggi.

“Kami mahu memacu pertumbuhan masa depan yang berdaya tahan dengan portfolio pelbagai selain perkongsian jangka panjang terutamanya dengan syarikat seperti Brunei Shell, yang mana EATech kini bertindak sebagai vendor rasmi.

“Kami juga menjadi satu-satunya syarikat Malaysia yang layak membida untuk tender operasi jeti,” tambahnya.

— BERNAMA  

Tags: EATechpn17
Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In