• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Sorento Capital Berhad

in Asas Saham
A A
Sorento Capital Sasar Kumpul RM57.4 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sorento Capital Berhad, syarikat yang terlibat dalam pengedaran produk sanitari bilik mandi dan dapur, sedang menawarkan peluang kepada pelabur untuk menyertai IPO mereka di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam IPO ini, berikut adalah 10 perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan.

1. Tarikh-Tarikh Penting IPO

Penting untuk anda perhatikan tarikh tutup permohonan bagi IPO ini iaitu pada 15 Oktober 2024. Seterusnya, proses undian akan dijalankan pada 18 Oktober 2024, dan saham Sorento dijangka akan disenaraikan di Pasaran ACE pada 28 Oktober 2024. Harga penawaran adalah RM0.37 setiap saham.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

2. Status Syariah

Sorento Capital Berhad telah disahkan sebagai patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pelabur Muslim yang mementingkan pelaburan yang selaras dengan prinsip-prinsip Islam.

3. Latar Belakang Syarikat

Sorento Capital Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam pemasaran dan pengedaran produk sanitari bilik mandi dan dapur, termasuk tab mandi, singki, pancuran mandian, dan pelbagai aksesori bilik mandi dan dapur. Jenama utama mereka adalah Sorento, dan mereka juga memasarkan produk di bawah jenama lain seperti Mocha, Cabana, dan i-Born. Syarikat ini telah beroperasi selama lebih dari 19 tahun dan menggunakan model perniagaan ringan aset, di mana pengeluaran produk diserahkan kepada pengilang pihak ketiga, kebanyakannya berpangkalan di China.

4. Jumlah Saham Didagangkan

Jumlah saham yang diperbesar (enlarged) selepas penyenaraian adalah 860 juta saham. Dari jumlah saham ini, 43 juta saham dibuka untuk permohonan awam. Baki saham yang lain akan diagihkan melalui pelaburan institusi, penempatan swasta, dan cara lain seperti diatas. . Ini menjadikan modal pasaran Sorento dianggarkan sekitar RM318 juta selepas penyenaraian penuh.

5. Pemilik Syarikat & Pelabur

Pemegang saham utama Sorento termasuk Loo Chai Lai dan Loo Jing Kai, yang mengendalikan syarikat melalui pegangan langsung dan tidak langsung melalui LCL Success Sdn Bhd. Mereka berperanan penting dalam memberikan arah strategik kepada syarikat dan memastikan ia terus berkembang dalam industri sanitari yang kompetitif.

6. Prestasi Kewangan

Dari segi kewangan, Sorento menunjukkan prestasi yang kukuh dengan pendapatan yang meningkat dari RM66.107 juta pada FYE 2021 kepada RM90.688 juta pada FYE 2022 dan RM112.311 juta pada FYE 2023. Margin keuntungan kasar syarikat juga meningkat dengan ketara dari 11.76% pada FYE 2021 kepada 22.20% pada FYE 2023. Dari segi keuntungan selepas cukai (PAT), syarikat mencatat RM24.4 juta pada FYE 2023, menunjukkan prestasi kewangan yang stabil.

7. Kegunaan Dana IPO

Sorento berhasrat untuk menggunakan hasil daripada IPO sebanyak RM57.35 juta untuk tujuan-tujuan berikut:

  • 54.7% atau RM31.35 juta akan digunakan untuk modal kerja, terutamanya untuk membeli inventori.
  • 15.7% atau RM9 juta akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman.
  • 10.5% atau RM6 juta untuk pemasaran dan penjenamaan.
  • 10.5% atau RM6 juta untuk pengembangan rangkaian pengedar.
  • 8.7% atau RM5 juta akan digunakan untuk kos penyenaraian.

8. Polisi Dividen

Sorento tidak mempunyai polisi dividen tetap, tetapi syarikat ini telah membayar dividen dalam beberapa tahun yang lalu dengan kadar antara 28.95% hingga 54.43% dari keuntungan selepas cukai. Untuk FYE 2024, Sorento telah mengisytiharkan dividen hampir RM9 juta, menunjukkan komitmen syarikat untuk memberikan pulangan kepada pemegang saham walaupun tiada polisi rasmi yang ditetapkan.

9. Persaingan & PE Ratio

Sorento bersaing dengan jenama besar antarabangsa seperti Toto dan American Standard dalam industri sanitari. PE Ratio Sorento adalah 13.21 kali, yang lebih rendah berbanding pesaing antarabangsa yang mencatat PE Ratio antara 20 hingga 23 kali. Ini menunjukkan bahawa saham Sorento mungkin menawarkan potensi kenaikan yang lebih besar, terutamanya bagi pelabur yang mencari peluang dalam pasaran tempatan.

10. Pegangan Pasaran (Market Share)

Sorento mempunyai pegangan pasaran sebanyak 3.61% dalam industri sanitari di Malaysia. Walaupun tidak besar, syarikat ini berpotensi untuk memperkukuhkan kedudukannya melalui strategi pengembangan rangkaian pengedar serta fokus pada jualan dalam talian.

Bonus

Mplus mensasarkan IPO ini pada harga RM0.61 seunit. Iaitu lebih 60% lagi tinggi berbanding harga tawaran saham ini. Anda rasa, boleh ke harga IPO ini mencecah RM0.61 seunit? 

Kesimpulan & Rating IPO

Berdasarkan prestasi kewangan, potensi pasaran, dan saiz market share, IPO Sorento Capital Berhad menawarkan peluang yang baik untuk pelabur yang mencari pertumbuhan modal dalam industri sanitari. Walau bagaimanapun, persaingan yang sengit dan saiz pasaran yang sederhana menjadikan IPO ini sesuai untuk pelabur yang bersedia mengambil sedikit risiko. 


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Tags: IPOSorento
Share275ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

5 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

5 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In