• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Tropicana Jual 15.59 Hektar Tanah Di Johor Kepada Firma Beijing Untuk Hab Pusat Data

in Saham
A A
Tropicana Jual 15.59 Hektar Tanah Di Johor Kepada Firma Beijing Untuk Hab Pusat Data

Gambar: Tropicana

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Tropicana Firstwide Sdn Bhd (TFSB), anak syarikat milik penuh Tropicana Corporation Bhd, akan menjual 15.59 hektar tanah pegangan bebas di Gelang Patah, Johor kepada Computility Technology (Malaysia) Sdn Bhd (CTMSB) dengan harga RM240 juta.

Dalam pemfailan dengan Bursa Malaysia hari ini, Tropicana menyatakan bahawa CTMSB merancang untuk menggunakan tanah tersebut bagi membangunkan hab pusat data serantau di Johor.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

CTMSB dimiliki sepenuhnya oleh ZData Cloud Technology Pte Ltd, yang seterusnya merupakan anak syarikat tidak langsung milik penuh ZData Technologies Co Ltd, penyedia terkemuka perkhidmatan infrastruktur IT digital dan rangkaian awan yang beribu pejabat di Beijing.

Tropicana menyatakan bahawa penjualan tanah ini mencerminkan keupayaan kumpulan tersebut untuk memenuhi keperluan ketat bagi tanah pusat data, disokong oleh kepakaran pembangunan dan rekod prestasi yang terbukti dalam penyampaian projek.

“Dengan kehadiran kukuh Tropicana dan pegangan tanah yang besar di Johor, kami memainkan peranan yang berkesan dengan menawarkan tanah strategik dengan kemudahan infrastruktur yang baik seperti elektrik, air, dan aksesibiliti,” katanya.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, Johor telah menarik lebih daripada 50 pusat data berikutan usaha kuat negeri tersebut ke arah ekonomi digital, didorong oleh dasar kerajaan yang kukuh serta rangkaian dan infrastruktur yang baik.

Pada bulan Ogos, Tropicana menandatangani perjanjian jual beli tanah bernilai RM383 juta dengan penyedia perkhidmatan IT global, NTT Data Group, untuk 27.70 hektar di Gelang Patah, Johor.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaComputility TechnologytanahTropicana
Share316ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In