• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

KHPT Yang Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE Tumpu Pertumbuhan Pasaran Tempatan

in Asas Saham
A A
KHPT Yang Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE Tumpu Pertumbuhan Pasaran Tempatan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Syarikat yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, KHPT Holdings Bhd (KHPT) mengutamakan pasaran tempatan, didorong oleh prospek industri yang optimis dan jangkaan kepada pengenalan beberapa model kereta baharu.

Pengarah Urusan Kumpulan KHPT Datin Eloise See menekankan komitmen syarikat itu terhadap peluang tempatan, dengan mengambil kira kemasukan model asing ke Malaysia.

“Kami turut berharap untuk menyaksikan lebih banyak syarikat menubuhkan kilang bagi pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) yang lengkap atau penyetempatan kenderaan di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di sini hari ini.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Pengeluar dan pembekal alat ganti automotif tempatan itu membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 29 sen, premium sembilan sen melebihi harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 20 sen, dengan 15.02 juta saham diniagakan.

Menerusi terbitan awam sebanyak 108,644,300 saham biasa baharu, syarikat itu berjaya mengumpulkan RM21.73 juta.

Sementara itu, See berkata KHPT sedang giat mengguna pakai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai antara strategi untuk menjalin perkongsian dan mengembangkan perniagaan pada masa hadapan.

Beliau menekankan mengenai pelaksanaan langkah ESG syarikat yang berterusan, termasuk pengurangan ketara dari segi penggunaan tenaga semasa proses pembuatannya dengan menaik taraf kepada motor servo yang lebih cekap tenaga.

“Selain itu, kami telah melanggan perkhidmatan perisian perakaunan dan pengurusan karbon untuk mengumpul dan menganalisis laporan pelepasan karbon kami melalui platform Pantas Climate Solution (Pantas),” katanya.

Pantas, syarikat pemula niaga teknologi iklim tempatan menawarkan pengurusan karbon dan penyelesaian usaha wajar iklim yang disesuaikan untuk perniagaan dan institusi kewangan.

See berkata syarikat itu telah memulakan perjalanan ESG sebagai maklum balas kepada peningkatan permintaan daripada firma automotif tempatan dan antarabangsa yang berhasrat bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana yang mengutamakan amalan ESG.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: ESGKHPT Holdings Bhdpasaran tempatanpenyenaraian
Share216ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

6 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

7 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In