• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

IPO Northeast Group Terlebih Langgan Sebanyak 73.42 Kali

in Asas Saham
A A
Northeast Sasar Kumpul RM84.5 Juta Daripada IPO Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Terbitan awam Northeast Group Bhd sebanyak 37 juta saham yang ditawarkan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia telah terlebih langgan sebanyak 73.42 kali.

Pengeluar komponen kejuruteraan ketepatan itu yang bakal disenaraikan di Pasaran Ace menerima 29,702 permohonan untuk 2.75 bilion saham terbitan, bernilai RM1.38 bilion daripada orang awam Malaysia untuk bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO).

IPO itu terdiri daripada 168.99 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan 51.80 juta saham sedia ada berharga 50 sen sesaham.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Sebanyak 14,238 permohonan diterima untuk 1.10 bilion saham terbitan di bawah bahagian Bumiputera, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 58.49 kali.

“Sementara itu, 15,464 permohonan telah dikemukakan untuk 1.65 bilion saham terbitan di bawah bahagian awam Malaysia yang lain, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 88.36 kali,” menurut Malaysian Issuing House Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, 29.60 juta saham yang diperuntukkan untuk pengarah, pekerja dan rakan niaga yang layak yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan telah dilanggan sepenuhnya.

Affin Hwang Investment Bank Bhd yang merupakan penasihat utama, penaja, ejen penempatan tunggal dan penaja jamin tunggal berkata 154.18 juta saham IPO disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur-pelabur terpilih dan pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah dilanggan sepenuhnya.

Notis untuk peruntukan saham IPO akan dihantar kepada semua pemohon yang berjaya sebelum 15 Okt, 2024.

— BERNAMA

Tags: IPONortheast Grouppasaran ACETerlebih Langgan
Share205ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In