• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata seorang penganalisis. 

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.41 mata kepada 1,639.14 berbanding paras penutup 1,641.55 pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 3.06 mata kepada 1,638.49.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 219 berbanding 177, manakala 309 kaunter kekal tidak berubah, 1,703 tidak diniagakan dan 16 digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan berjumlah 204.34 juta unit bernilai RM105.22 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata Wall Street ditutup lebih rendah semalaman selepas pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur.

“Tuntutan pengangguran meningkat, tetapi Indeks Pengurus Pembelian Perkhidmatan (PMI) Institute for Supply Management (ISM) menunjukkan pengembangan, dan para peniaga nampaknya menunggu laporan gaji bukan ladang yang akan dikeluarkan malam ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit susut daripada paras RM 4.11 kepada RM 4.21 berbanding dolar AS dalam tempoh empat hari dagangan minggu ini.

Firma penyelidikan itu percaya peniaga mungkin mengalihkan tumpuan kepada sektor berorientasikan eksport seperti teknologi dan sarung tangan.

“Bagaimanapun kami yakin terhadap sektor pengguna kerana sifat defensifnya. Selain itu, kenaikan mendadak harga minyak mentah dan minyak sawit mentah (MSM) masing-masing akan memberi manfaat kepada sektor minyak & gas, dan perladangan.

“Pelabur juga mungkin menimbang pegangan dalam sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti menjelang Belanjawan 2025,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 4.0 sen kepada RM10.50, Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4.56, CIMB Group jatuh 2.0 sen kepada RM7.97, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.28 manakala IHH Healthcare menokok 2.0 sen kepada RM7.26.

Dalam kalangan kaunter cergas, OCR Group turun 1.0 sen kepada 3.5 sen, manakala SC Estate, DNex and Alam Maritim naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 1.5 sen, 37.5 sen dan 3.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut sebanyak 5.81 mata keoada  12,263.96, manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 1.37 mata kepada 12,180.03.

Indeks FBMT 100 berkurangan 7.31 mata kepada 11,955.98 dan Indeks FBM 70 meningkat 27.71 mata kepada 17,323.94, manakala Indeks FBM ACE naik 0.65 mata kepada 5,116.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 36.12 mata kepada 19,224.93, Indeks Tenaga meningkat 30.59 mata kepada 888.40, Indeks Perladangan turun 8.77 mata kepada 7,172.80 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokokt 0.22 mata kepada 177.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesPMIringgit
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In