• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Aliran Tunai MMAG Masih Berdaya Tahan Walaupun Berstatus GN3

in Catalyst
A A
MJets Air, All Nippon Airways Memeterai Perjanjian Strategik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


SEPANG, 4 Okt (Bernama) — MMAG Holdings Bhd menyatakan syarikat itu tidak mengalami sebarang masalah aliran tunai atau tekanan kewangan, walaupun telah mencetuskan Perenggan 2.1(g) daripada Nota Panduan 3 (GN3) bagi keperluan penyenaraian Pasaran ACE.

Pengarah Eksekutif Victor Chin Boon Long berkata syarikat itu telah berhubung dengan Bursa Malaysia Securities untuk memaklumkan yang pelan kawal selia kendiri sedang dilaksanakan.

“Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengatasi semua kebimbangan berkaitan masalah kewangan,” katanya kepada media di luar majlis perkongsian strategik antara MMAG Aviation Consortium Sdn Bhd (MAC) dan Unilode Aviation Solutions, di sini hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Pegawai Eksekutif Unilode Ross Marino.

Chin berkata syarikat itu telah mengumpul RM240 juta, iaitu RM145.34 juta daripada terbitan hak dan memperoleh RM92.09 juta melalui penukaran waran, walaupun syarikat itu masih belum diumumkan sebagai berstatus GN3.

Pada Rabu, Bursa Malaysia Securities mengklasifikasikan MMAG Holdings sebagai syarikat berstatus GN3 selepas mencetuskan Perenggan 2.1(g) GN3 bagi keperluan penyenaraian Pasaran ACE.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu mendedahkan juruaudit luar telah menyatakan ketidakpastian material mengenai keupayaan syarikat dalam penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.

Selain itu, ekuiti pemegang saham syarikat yang disatukan ialah 50 peratus atau kurang daripada modal saham terbitannya yang dikira berdasarkan keputusan kewangan syarikat yang belum diaudit pada 30 Jun, 2024.

Semalam, syarikat itu telah menghantar permohonan untuk pengecualian daripada diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas selepas mencetuskan kriteria GN3.

Sementara itu, Chin berkata perkongsiannya dengan Unilode akan membolehkan MAC menyampaikan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada pelanggan dan membuka ruang untuk potensi kerjasama seterusnya.

Perkongsian itu akan bermula dengan Unilode menyediakan pengurusan Peranti Muatan Unit (ULD) kepada MJets Air Sdn Bhd, unit kargo udara komersial dalam MAC.

Unilode juga akan menyediakan pengurusan dan perancangan ULD, akses kepada pusat pembaikan ULD Unilode di 50 lapangan terbang global dan rangkaian perkhidmatan ULD digitalnya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaGN3MMAGMMAG Aviation
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In