• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Sunway Peroleh Tanah Pegangan Bebas Berharga RM320 Juta Di KL

in Catalyst
A A
Untung Suku Kedua Sunway BHD Meningkat Susulan Prestasi Lebih Baik Segmen Perniagaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Sunway Bhd, Sunway Melawati Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli dengan Viva Impian Sdn Bhd (VISB) untuk memperoleh sebidang tanah pada harga RM320 juta di Cheras di sini.

Kumpulan itu melalui satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa cadangan pengambilalihan tersebut melibatkan petak pegangan bebas utama seluas 7.11 hektar di Taman Taynton, yang terletak secara strategik bersebelahan dengan pembangunan kediaman Sunway Alishan.

“Petak itu diperuntukkan untuk pembangunan guna bercampur, dengan anggaran nilai pembangunan kasar berjumlah RM3.2 bilion.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pembangunan yang dicadangkan itu akan menampilkan pangsapuri servis mewah, ia bakal menawarkan pengalaman hidup bandar yang unik di samping podium runcit berfokuskan kesejahteraan yang merangkumi klinik-klinik kesihatan,” katanya.

Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata pengambilalihan itu mewakili peluang menarik bagi memenuhi permintaan yang semakin melonjak untuk pembangunan bersepadu berkualiti tinggi di Kuala Lumpur. 

“Visi kami adalah untuk mewujudkan ruang komuniti holistik yang berpaksikan kesejahteraan, disamping memenuhi keperluan perubahan gaya hidup bandar moden.

“Kami yakin pembangunan ini akan menjadi pemangkin serta meningkatkan pertumbuhan di kawasan sekitar,” katanya.

 Selain itu, syarikat itu mengesahkan bahawa Sunway Property akan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan tempatan termasuk pihak berkuasa perancang untuk memastikan pembangunan berkenaan  memenuhi standard tertinggi, keselamatan dan tanggungjawab alam sekitar.

“Usaha baharu ini mengesahkan kedudukan Sunway Property sebagai peneraju dalam inovasi, pembangunan bandar yang lestari dan menyambung legasinya dalam membina komuniti yang berkembang maju serta tahan ujian masa,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: hartanahpengambilalihanSunway
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In