fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.39 mata kepada 1,640.70.

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 266 berbanding 146 manakala 279 kaunter kekal tidak berubah, 1,721 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 204.34 juta unit bernilai RM105.22 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata perhatian pelabur kekal tertumpu kepada pasaran China dan Hong Kong berikutan kerajaan China melaksanakan beberapa pakej rangsangan untuk memacu ekonomi dan pasaran saham.

Katanya Wall Street berjaya mencatatkan kenaikan semalaman apabila data pekerjaan bukan ladang ADP yang terkini menunjukkan keputusan lebih baik daripada jangkaan.

“Walaupun Wall Street mencatatkan sedikit kenaikan, kami menjangka sentimen negatif akan berterusan di pasaran tempatan menjelang data pekerjaan bukan ladang AS dikeluarkan. Julat semasa ringgit dijangka memberi manfaat kepada sektor berasaskan domestik seperti pengguna.

“Menjelang Belanjawan 2025, kami mencadangkan pelabur untuk melabur dalam sektor pembinaan, hartanah dan utiliti. Selain itu, rancangan Oracle untuk mewujudkan wilayah awan di Malaysia, dengan pelaburan lebih US$6.5 bilion, akan memberi rangsangan kepada sektor teknologi,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing naik 6.0 sen kepada RM10.52 dan RM14.36, Public Bank meningkat 4.0 sen kepada RM4.57, CIMB Group menambah 1.0 sen kepada RM7.99 dan IHH Healthcare merosot 1.0 sen kepada RM7.23.

Dalam kalangan kaunter aktif, OCR Group dan Lay Hong, masing-masing berkurangan 1.0 sen kepada 4.5 sen dan 39 sen manakala Parkson Holdings menambah setengah sen kepada 20.5 sen dan Pegasus tidak berubah pada setengah sen.

Sementara itu, Bursa Malaysia mengumumkan jualan singkat di bawah Jualan Singkat Intra Hari (IDSS) untuk saham Pertama Digital Bhd yang digantung sepanjang hari berikutan harga terakhir sekuriti yang diluluskan jatuh lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

“Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Jumaat, 4 Okt 2024, pada 08:30 pagi,” katanya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 32.04 mata kepada 12,298.19 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 16.25 mata kepada 12,220.38.

Indeks FBMT 100 menokok 30.43 mata kepada 11,991.45 dan Indeks FBM 70 naik 37.82 mata kepada 17,383.15 manakala Indeks FBM ACE merosot 7.71 mata kepada 5,118.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 95.60 mata kepada 19,260.44, Indeks Tenaga naik 5.99 mata kepada 857.09, Indeks Perladangan merosot 7.84 mata kepada 7,164.21 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.72 mata kepada 176.90.

— BERNAMA

Tags: Belanjawan 2025bukaBursa MalaysiaMalacca Securities
Share202ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In