• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Pengukuhan Ringgit Beri Kelebihan Kepada Sektor Pengguna, REIT Dan Perladangan Di Bursa Malaysia

in Saham
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Untuk Minggu Ketujuh Berturut – Turut

Sumber : The Sun Daily

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik, menurut Bursa Malaysia Bhd.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Dalam hantaran di laman X hari ini, ia berkata ini telah menyebabkan sektor produk dan perkhidmatan pengguna di bursa tempatan berkembang 1.0 peratus minggu lepas, diikuti oleh REIT dengan 0.3 peratus dan sektor perladangan dengan 0.2 peratus.

Sementara itu, dalam laporan Prestasi Dagangan dan Aliran Dana Minggu Berakhir 27 Sept, Bursa Malaysia berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), menurun daripada kenaikannya untuk ditutup rendah sedikit kepada 1,660.09 mata, terutamanya disebabkan aktiviti pengambilan untung secara meluas.

“Kejatuhan itu juga sejajar dengan prestasi rakan serantaunya,” katanya.

Bursa Malaysia berkata bursa saham di Asia Tenggara kebanyakannya ditutup rendah minggu lepas, dengan hanya dua daripada enam bursa ditutup tinggi.

Ia berkata Indeks PSEi Bursa Saham Filipina (PCOMP) mencatatkan kenaikan terbesar dalam kalangan rakan di Asia Tenggara apabila meningkat 2.4 peratus dan menjadi satu-satunya negara yang menyaksikan aliran masuk asing (US$190.42 juta) pada minggu itu .

“Secara keseluruhannya, permodalan pasaran (Bursa Malaysia) menyederhana dan ditutup 0.2 peratus lebih rendah kepada RM2.051 trilion, disebabkan penurunan pasaran yang meluas di mana 10 daripada 13 indeks sektor lebih rendah pada asas minggu ke minggu,” katanya.

Sementara itu, pasaran sedang pesat membangun, bagaimanapun, berkembang lagi minggu lepas, terutamanya didorong oleh pasaran China selepas mengalami kenaikan mingguan terbesar mereka sejak 2008.

Bursa itu berkata kedua-dua Indeks Komposit Shanghai dan Indeks Komposit Shenzhen muncul mencatatkan prestasi terbaik dalam kalangan rakan setara Asia mereka, masing-masing ditutup lebih tinggi sebanyak 12.8 peratus dan 16.3 peratus.

Minggu lalu, bank pusat China melancarkan pakej langkah rangsangan monetari yang besar dalam usaha memulihkan ekonominya. Langkah-langkah rangsangan ini termasuk suntikan 800 bilion yuan ke dalam pasaran saham negara untuk meningkatkan kecairan, serta rancangan untuk mewujudkan dana penstabilan pasaran saham.

“Selain itu, bank pusat negara berkenaan menurunkan kadar faedah utamanya, mengurangkan kadar repo berbalik tujuh harinya sebanyak 0.2 mata peratusan kepada 1.5 peratus dan mengurangkan nisbah keperluan rizab (RRR) institusi kewangan sebanyak 0.5 mata peratusan.

“Secara keseluruhannya, enam daripada sepuluh bursa saham Asia yang diperhatikan ditutup lebih tinggi minggu lepas, manakala Pasaran Pesat Membangun (EM) MSCI ditutup 6.2 peratus lebih tinggi,” tambah Bursa Malaysia.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiabursa sahamFBMKLCIringgitsektor pengguna
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In