• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Sedikit Penurunan Selepas Kenaikan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.80 mata kepada 1,661.89.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 258 berbanding 219, dengan 304 kaunter tidak berubah, 1,701 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 263.49 juta unit bernilai RM149.81 juta.

US Dow Jones Industrial Average naik 0.33 peratus pada Jumaat lepas, ditutup pada paras tertinggi pada 42,313.00.

Pada minggu ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka peniaga akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI), senarai gaji bukan ladang dan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS).

“Selain itu, kami menjangka impak daripada pakej rangsangan China akan menawarkan peningkatan yang terhad berikutan lonjakan yang kukuh minggu lepas,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini. 

Berdasarkan ringgit yang kukuh, katanya sektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan dan teknologi dijangka menyaksikan peningkatan yang terhad.

“Bagaimanapun, ringgit yang kukuh dijangka memberi manfaat kepada sektor yang dipacu oleh permintaan domestik seperti pengguna.

“Sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti dijangka akan mendapat momentum daripada pembangunan pusat data dan pemangkin yang berkaitan dengan Johor dalam masa terdekat.

“Kami percaya pelabur akan mula melabur dalam sektor ini menjelang Belanjawan 2025,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 6.0 sen kepada RM10.56 manakala Public Bank, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing merosot 2.0 sen kepada RM4.57, RM14.64 dan RM7.18.

CIMB berkurangan 4.0 sen kepada RM8.20.

Dalam kalangan kaunter aktif, Pegasus dan Sanichi Tech, masing-masing kekal tidak berubah pada setengah sen dan 1.5 sen.

Capital A meningkat 4.5 sen kepada 98.5 sen manakala Sapura Energy merosot setengah sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 1.52 mata kepada 12,385.08 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 4.77 mata kepada 12,308.27. 

Indeks FBMT 100 jatuh 0.33 mata kepada 12,087.84, Indeks FBM 70 naik 16.54 mata kepada 17,455.02 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.28 mata kepada 5,178.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.42 mata kepada 19,433.91, Indeks Tenaga susut 4.06 mata kepada 852.69, Indeks Perladangan naik 4.12 mata kepada 7,197.35 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.02 mata kepada 177.32.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesPMIringgit
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In