• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kurang Pemangkin Baharu, Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu walaupun pasaran Wall Street meningkat susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam. 

Indeks penanda aras itu dibuka susut 2.73 mata pada 1,668.59.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengtasi untung iaitu 233 berbanding 125 dengan 305 kaunter tidak berubah, 1,863 tidak diniagakan dan 123 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 188.22 juta unit bernilai RM99.28 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri dagangan dengan positif, didorong oleh data ekonomi yang baik, terutama tuntutan pengangguran yang menurun. 

Purata Perindustrian Dow Jones naik 260 mata manakala Nasdaq menokok sebanyak 108 mata dengan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat pada 3.79 peratus.

“Di peringkat domestik, FBM KLCI ditutup rendah pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung oleh dana asing pada sesi akhir.

“Jumlah dagangan harian pula kekal rendah pada nilai ambang tiga bilion yang menunjukkan fasa konsolidasi berterusan dalam bursa tempatan mungkin memakan masa lebih lama daripada dijangkakan,” katanya kepada Bernama. 

Berikutan itu, Thong menjangkakan indeks petunjuk utama akan berlegar dalam julat 1,665-1,675 pada dagangan hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB Group susut dua sen kepada RM10.64 dan RM8.26, Public Bank turun tiga sen kepada RM4.64, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM14.68 dan IHH Healthcare meraih lima sen kepada RM7.15.

Bagi saham aktif, Lambo Group susut 1.5 sen kepada satu sen, Artroniq dan Globetronics turun setengah sen kepada 11.5 sen dan 71.5 sen, JKG Land menokok dua sen kepada 12.5 sen dan Zen Tech International tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 47.03 mata kepada 12,412.87, Indeks FBM Emas Shariah susut 40.18 mata kepada 12,289.29, Indeks FBMT 100 turun 47.56 mata kepada 12,111.16, Indeks FBM 70 menguncup 31.59 mata kepada 17,466.67 manakala Indeks FBM ACE kehilangan 19.75 mata kepada 5,178.09.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 83.68 mata kepada 19,592.18, Indeks Tenaga susut 11.21 mata kepada 844.83 dan Indeks Perladangan turun 11.28 mata kepada 7,173.68 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.24 mata kepada 177.13.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak Leng
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In