fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kaunter Tenaga Dorong Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia merosot pada rehat tengah hari berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah kemungkinan telah menjejaskan kaunter tenaga, kata seorang penganalisis. 

Tenaga Nasional turun enam sen kepada RM14.60 dan YTL Power susut 21 sen kepada RM3.62, mendorong indeks komposit turun sebanyak 6.09 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.99 mata atau 0.72 peratus kepada 1,659.33. Indeks penanda aras itu dibuka rendah 2.73 mata pada 1,668.59.

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 597 berbanding 349, dengan 438 kaunter tidak berubah, 1,142 tidak diniagakan dan 123 digantung. Jumlah dagangan berjumlah 1.82 bilion saham bernilai RM1.23 bilion.

Dilaporkan harga minyak turun mendadak selepas Arab Saudi menurunkan harga sasaran kepada US$100 setong, sebagai persediaan untuk meningkatkan pengeluaran, bersama anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya pada Disember.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran saham Malaysia cenderung lebih sensitif terhadap pergerakan sektor tenaga.

“Peningkatan berterusan hasil Amerika Syarikat (AS), ditambah dengan kemungkinan penurunan 50 mata asas kadar faedah AS pada November mungkin menjejaskan selera risiko tempatan hari ini.

“Di samping itu, faktor bermusim dijangka mempengaruhi keputusan pelabur dan spekulator. Berikutan penghujung suku yang semakin hampir serta pasaran China akan ditutup sempena Minggu Emas dari 1-7 Okt, pasaran mungkin mengambil pendekatan berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata walaupun pengambilan untung mungkin menjejaskan peningkatan baru-baru ini, sentimen kenaikan harga keseluruhan kekal kukuh buat masa ini.

Kaunter wajaran tinggi Bursa Maybank susut lapan sen kepada RM10.58, Public Bank turun10 sen kepada RM4.57, CIMB Group merosot empat sen kepada RM8.24 dan IHH Healthcare turun satu sen kepada RM7.09.

Antara kaunter aktif, Lambo Group susut 1.5 sen kepada satu sen, Sapura Energy tidak berubah pada empat sen, JKG Land menokok 1.5 sen kepada 12 sen dan Capital A naik tiga sen kepada 94 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 65.05 mata kepada 12,394.85, Indeks FBMT 100 turun 64.42 mata kepada 12,094.30 dan Indeks FBM 70 susut 7.24 mata kepada 17,491.02.

Indeks FBM ACE merosot 50.35 mata kepada 5,147.49, dan Indeks FBM Emas Shariah turun 17.61 mata kepada 12,311.86.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 19.70 mata kepada 7,165.26 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 182.59 mata kepada 19,493.27. Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.57 mata kepada 178.46, dan Indeks Tenaga meningkat setengah mata kepada 856.54.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIrehat tengah hariStephen Innes
Share293ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In