• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AAX Keluar Pekeliling Cadangan Pengambilalihan Bernilai RM6.8 Bilion

in Catalyst
A A
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan

Sumber: Air Bus

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — AirAsia X Bhd (AAX) telah mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).

Pekeliling itu bagi tujuan semakan pemegang saham sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dijadualkan pada 16 Oktober depan, kata AAX dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan pengambilalihan itu bertujuan mewujudkan satu kuasa besar penerbangan yang lebih khusus, merangkumi tujuh syarikat penerbangan di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Sebaik selesai transaksi itu, kumpulan penerbangan baharu berkenaan akan merangkumi spektrum penuh perkhidmatan perjalanan udara jarak pendek, sederhana serta jauh bagi memanfaatkan permintaan perjalanan yang kian meningkat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX Benyamin Ismail berkata langkah korporat ini akan mengukuhkan lagi kelebihan daya saing kumpulan syarikat penerbangan terbabit serta meraih permintaan dalam sektor penerbangan.

Pada masa sama, langkah itu akan memberi manfaat kepada pemegang saham dengan menjadi sebahagian daripada kumpulan penerbangan yang lebih berdaya tahan, tangkas dan berkembang maju dalam pasaran perjalanan udara antarabangsa.

“AAX akan turut mendapat kelebihan ketara dengan memanfaatkan ekosistem Capital A dengan lebih meluas dan merangkumi semua aspek daripada perkhidmatan digital dan pengendalian darat sehingga tawaran dalam pesawat. Sinergi ini akan membantu kumpulan penerbangan baharu itu beroperasi secara cekap kos.

“Cadangan pengurangan modal saham yang turut dikemukakan, akan mengurangkan kerugian terkumpul dan meningkatkan profil kewangan AAX,” katanya.

Pekeliling itu yang kini dipaparkan di laman sesawang AAX, memberi butiran lanjut mengenai cadangan termasuk Cadangan Penerbitan Waran Percuma, Cadangan Penempatan Persendirian, Cadangan Pengambilalihan AAAGL, Cadangan Pengambilalihan AAB, Cadangan Pengurangan Modal Saham dan Cadangan Pemberian Pilihan Langganan.

— BERNAMA

Tags: AAXBenyamin Ismailcadangan pengambilalihanCapital Aekuitikepentingan
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In