fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Scientex Melonjak Kepada RM545.21 Juta, Umum Dividen 6 Sen

in Catalyst
A A
Untung Bersih Scientex Melonjak 32.7 Peratus Kepada RM141.01 Juta Bagi Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Keuntungan bersih Scientex Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024 melonjak 24.4 peratus kepada RM545.21 juta daripada RM438.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini.

Pendapatan meningkat 9.8 peratus kepada RM4.47 bilion berbanding RM4.08 bilion sebelumnya.

Pengeluar pembungkusan global dan pemaju hartanah itu melalui satu kenyataan, mengaitkan prestasinya yang lebih baik berikutan permintaan kukuh dalam bahagian hartanah, yang menyaksikan peningkatan 29.7 peratus dari tahun ke tahun dalam hasil kepada RM1.9 bilion.

“Ini disokong oleh jualan yang lebih tinggi, kadar pengambilan yang memberangsangkan membabitkan pelancaran hartanah baharunya serta kemajuan pembinaan yang stabil bagi projek yang sedang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

Bahagian pembungkusan turut menyumbang kepada keputusan positif, mengekalkan hasil stabil sebanyak RM2.6 bilion walaupun berdepan dengan landskap global yang mencabar.

Untuk suku keempat, Scientex mencatatkan keuntungan bersih RM135.86 juta di atas perolehan sebanyak RM1.17 bilion, masing-masing meningkat daripada RM114.89 juta dan RM1.07 bilion, berbanding suku yang sama tahun lepas.

Scientex telah mencadangkan dividen akhir satu peringkat sebanyak enam sen sesaham untuk tahun kewangan 2024, sementara menunggu kelulusan pada mesyuarat agung tahunan akan datang.

“Digabungkan dengan dividen interim enam sen yang dibayar pada 19 Julai 2024, anggaran pembayaran dividen mencecah RM186.2 juta, mewakili 34.1 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan pada tahun kewangan 2024,” kata syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Scientex Lim Peng Jin ketika mengulas mengenai prospek tahun kewangan akan datang berkata kumpulan komited untuk mengekalkan prestasi walaupun menghadapi cabaran berterusan dalam pasaran pembungkusan global.

“Fokus kami adalah pada kecekapan operasi, pengurusan kos termasuk pembangunan inovatif dan penyelesaian pembungkusan mampan yang akan membolehkan kami menangani cabaran-cabaran ini.

“Dalam bahagian hartanah, permintaan yang konsisten untuk rumah mampu milik memberikan peluang yang menarik di hadapan, yang akan terus kami manfaatkan melalui pengambilan tanah dan pelancaran projek baharu,” katanya berkata.

Sehingga kini, Scientex telah menyampaikan hartanah bernilai RM10.4 bilion, dengan projek dalam tangan bernilai RM4.2 bilion.

— BERNAMA


Tags: KeputusanScientex
Share210ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In