fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Berikutan Sentimen Kukuh Global

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.59 mata kepada 1,672.96 daripada 1,670.37 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka lebih kukuh apabila meningkat 3.69 mata kepada 1,674.06.

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 277 berbanding 132, dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,833 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 199.67 juta unit bernilai RM113.60 juta.

Bercakap kepada Bernama, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau turut lebih baik berikutan prestasi kukuh di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas China memperkenalkan langkah rangsangan untuk menyokong ekonominya.

Thong berkata Wall Street berakhir dengan positif, dengan ketiga-tiga indeks utama mencapai paras tertinggi sepanjang masa, walaupun terdapat penurunan yang ketara dari segi keyakinan pengguna dalam tempoh sebulan.

Purata Perindustrian Dow Jones menokok 83 mata manakala Nasdaq meningkat 100 mata, dengan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) kekal mendatar pada 3.732 peratus.

“Di dalam negara, FBM KLCI berakhir positif tetapi kekal dalam sentimen tidak banyak berubah.

“Oleh itu, kami berpendapat indeks perlu menembusi paras 1,680 untuk meneruskan cabaran menuju 1,700,” katanya.

Thong turut menekankan kekukuhan ringgit baru-baru ini sebagai faktor utama yang menarik dana asing, disokong oleh sebaran (spread) yang semakin meluas antara Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) untuk tempoh 10 tahun dan hasil bon 10 tahun, yang kini pada sekitar 50 mata asas.

Beliau menjangkakan indeks itu berubah-ubah dalam julat 1,670-1,680 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Tenaga Nasional naik lapan sen kepada RM15.12, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM7.14, Maybank susut dua sen kepada RM10.72,  CIMB Group turun satu sen kepada RM8.28, dan Public Bank tidak berubah pada RM4.68.

Bagi kaunter aktif, Globetronics Technology naik 5.5 sen kepada 76.5 sen, V.S Industry menambah lima sen kepada RM1.16, 99 Speed ​​Mart Retail naik 10 sen kepada RM2.26, AGX Group meningkat dua sen kepada 55 sen manakala MY E.G. Services turun setengah sen kepada 89.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.05 mata kepada 12,550.11, Indeks FBM Emas Syariah menambah 46.37 mata kepada 12,435.70, Indeks FBMT 100 menokok 25.41 mata kepada 12,240.78, Indeks FBM 70 melonjak 61.06 mata kepada 17,878.70, dan Indeks FBM ACE naik 14.19 mata kepada 5,198.85.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 1.73 mata kepada 879.74, Indeks Perladangan menambah 7.05 mata kepada 7,185.13, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.71 mata kepada 177.92 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.67 mata kepada 19,706.70.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa Malaysialangkah rangsangan ChinaThong Pak LengWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In