• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB, Keppel Dan SP PowerAssets Jalin Kerjasama Pacu Perdagangan Tenaga ASEAN

in Catalyst
A A
TNB, Keppel Dan SP PowerAssets Jalin Kerjasama Pacu Perdagangan Tenaga ASEAN
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai perjanjian dengan Keppel Electric Pte Ltd (Keppel) dari Singapura untuk membekalkan kuasa elektrik sehingga 100 megawatt (MW) dalam usaha meningkatkan kerjasama tenaga antara Malaysia dan Singapura. 

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perjanjian rentas sempadan itu adalah sebahagian daripada Projek Integrasi Tenaga Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP), bertujuan untuk mengukuhkan jaminan dan kemampanan tenaga di seluruh ASEAN.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Presiden dan ketua pegawai eksekutif TNB Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata perjanjian itu sejajar dengan matlamat tenaga ASEAN dan menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga bagi rantau ini.

“Sebagai pemain utama dalam Grid Kuasa ASEAN (APG), TNB komited untuk meningkatkan jaminan tenaga dan menerajui peralihan tenaga di rantau ini.

“Perjanjian ini bukan sahaja menyokong perdagangan kuasa rentas sempadan tetapi juga mengukuhkan penerajuan Malaysia dalam ketersambungan tenaga serantau,” katanya.

Selain itu, TNB turut menandatangani Perjanjian Saling Sambungan Perdagangan Kuasa Rentas Sempadan dengan SP PowerAssets Ltd untuk memastikan penghantaran elektrik yang stabil antara Malaysia dan Singapura.

“Inisiatif ini menyokong peralihan tenaga ASEAN yang lebih luas, mengutamakan kesalinghubungan dan kecekapan grid ketika rantau ini berdepan dengan lonjakan permintaan tenaga,” katanya.

TNB berkata pelaburan berterusannya dalam pemodenan grid, termasuk teknologi grid pintar, kesalinghubungan dan integrasi tenaga boleh baharu membantu Malaysia kekal menerajui usaha ASEAN ke arah integrasi tenaga yang lebih kukuh dan jaminan tenaga jangka panjang.

— BERNAMA

Tags: ASEANkerjasama tenagaMalaysiaSingapuraTNB
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In