• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini, disokong oleh jangkaan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.35 mata kepada 1,670.17 daripada 1,668.82 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.09 mata kepada 1,669.91.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 229 berbanding 155, dengan 321 kaunter tidak berubah, 1,822 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 179.77 juta unit bernilai RM128.79 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat yang tinggi dalam pasaran baharu dapat meningkatkan pelaburan asing dalam ekuiti tempatan.

Firma itu turut menjangka pelabur akan melabur dalam saham permodalan kecil dan saham berharga rendah, yang telah terlebih jual dalam beberapa minggu ini.

“Selain itu, kami percaya ringgit yang kukuh akan memberi manfaat kepada sektor domestik seperti pembinaan, pengguna, utiliti, kewangan dan automotif.

“Kami turut menjangka lebih banyak peluang perdagangan dalam sektor hartanah, terutamanya berkaitan pembangunan pusat data dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM10.62, CIMB naik satu sen kepada RM8.45 dan Tenaga Nasional meningkat enam sen kepada RM14.70 manakala Public Bank merosot satu sen kepada RM4.69 dan IHH Healthcare berkurangan tiga sen kepada RM7.07. 

Bagi kaunter aktif, Iskandar Waterfront City naik 3.5 sen kepada 65.5 sen, Ekovest meningkat 1.5 sen kepada 40 sen dan Velesto Energy menambah setengah sen kepada 20 sen manakala Capital A dan MQ Technology, masing-masing menokok dua sen kepada 91 sen dan 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 17.31 mata kepada 12,556.06, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 10.43 mata kepada 12,422.90, Indeks FBMT 100 menambah 15.92 mata kepada 12,247.13 dan Indeks FBM 70 menokok 45.74 mata kepada 17,987.64 manakala Indeks FBM ACE merosot 0.5 mata kepada 5,202.33.   

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.50 mata kepada 19,712.31 dan Indeks Perladangan meningkat 5.68 mata kepada 7,182.33. 

Bagaimanapun, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.28 mata kepada 178.56 dan Indeks Tenaga susut 1.72 mata kepada 875.    

— BERNAMA

Tags: bukaBursa Malaysiadana asingMalacca Securities
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In