fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan, menjejaki prestasi semalaman di pasaran Wall Street.

 Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 5.10 mata kepada 1,670.75 daripada paras penutup 1,665.65, semalam. 

Indeks itu dibuka meraih 5.03 mata kepada 1,670.68.   

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 400 berbanding 105 dengan 273 kauanter tidak berubah, sebanyak 1,697 tidak diniagakan dan 32 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 301.88 juta saham bernilai RM224.0 juta.

Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan sektor teknologi tempatan akan menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang melonjak ke paras tertinggi baharu susulan pengumuman mengenai pengurangan kadar faedah di negara maju itu baru-baru ini. 

Selain itu, nilai ringgit yang terus mengukuh juga dijangka berkemungkinan menyuntik manfaat kepada sektor seperti pengguna, utiliti, kewangan dan automotif.

“Kami juga percaya pendapatan daripada projek-projek pusat data akan dapat dilihat dalam tempoh beberapa suku akan datang, sekali gus membolehkan sektor pembinaan, bahan binaan dan hartanah mencatat prestasi lebih baik menjelang 2025,” katanya.

Setakat 9.24 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1945/2000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding semalam pada 4.2025/2105 yang juga paras tertingginya dalam tempoh 28 bulan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank dan TNB masing-masing meraih dua sen kepada RM10.66, RM4.71 dan RM14.66.

Selain itu, CIMB menambah lapan sen kepada RM8.37, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM7.16, Hong Leong Bank meningkat 18 sen kepada RM21.28, MISC dan Petronas Gas sebaliknya tidak berubah pada RM8.14 dan RM17.86 manakala CelcomDigi turun dua sen kepada RM3.78. 

Bagi saham aktif, Genetec menokok 8.5 sen kepada RM1.03, Cape EMS dan JCY International masing-masing meraih satu sen kepada 39 sen dan 50.5 sen, Globetronics meningkat dua sen kepada 62.5 sen, Top Glove menokok tiga sen kepada RM1.07 dan Alpha IVF tidak berubah pada 36 sen.  

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat sebanyak 64.97 mata kepada 12,553.68, Indeks FBM Emas Syariah meraih 64.41 mata kepada 12,443.49 dan Indeks FBMT 100 menokok 59.10 mata kepada 12,246.91.     

Indeks FBM 70 melonjak 167.42 mata kepada 17,970.68 dan Indeks FBM ACE meningkat 28.30 mata kepada 5,207.68.   

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat sebanyak 84.04 mata kepada 19,699.52, Indeks Perladangan susut 8.75 mata kepada 7,178.38, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.77 mata kepada 180.20 dan Indeks Tenaga meraih 4.62 mata kepada 879.72.    

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In