fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TSR Capital Raih Kontrak Kerja Tanah Untuk Elmina Business Park Bernilai RM75 Juta

in Catalyst
A A
TSR Capital Raih Kontrak Kerja Tanah Untuk Elmina Business Park Bernilai RM75 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Anak syarikat milik penuh TSR Capital Bhd (TSR Capital), TSR Bina Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Sime Darby Property Bhd bagi kontrak kerja tanah pembinaan di Elmina Business Park 2, Gombak, Selangor bernilai RM75 juta.

TSR Capital berkata skop kerja di bawah kontrak ini terutamanya melibatkan pembinaan dan penyelesaian pembersihan tapak serta kerja tanah membabitkan kira-kira tujuh juta meter padu pemotongan dan pengisian tanah.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Selain itu, syarikat tersebut berkata projek ini merangkumi pelan kawalan hakisan dan sedimen, pembinaan dinding penahan dan dinding tanah bertetulang serta kerja saliran utama dan saliran pembetungan.

“Kontrak berkenaan akan meningkatkan dan memperkukuh nilai perolehan kontrak sedia ada kumpulan.

”Kontrak ini juga tidak akan memberi kesan kepada modal saham yang diterbitkan syarikat tetapi dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih setiap saham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2025 hingga 2026,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak tersebut adalah bagi tempoh 18 bulan dan dijangka siap menjelang Mac 2026.

— BERNAMA

Tags: Elmina Business Park 2kerja pembinaanSime Darby PropertyTSR BinaTSR Capital
Share205ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In