fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Press Metal Beli 80 Peratus Ekuiti PT Kalimantan Alumina Nusantara Pada Harga RM1.04 Bilion

in Catalyst
A A
Press Metal Cadang Terbitan Bonus Bagi Hargai Pemegang Saham

Kredit Gambar: Focus Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Press Metal Aluminium Holdings Bhd (PMAH) memeterai perjanjian pemegangan saham dan perjanjian langganan saham untuk 80 peratus kepentingan ekuiti dalam PT Kalimantan Alumina Nusantara (KAN) pada harga RM1.04 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat peleburan aluminium terbesar di Asia Tenggara itu berkata perjanjian berkenaan ditandatangani dengan PT Alakasa Alumina Refineri (AAR) dan PT Dinamika Sejahtera Mandiri (DSM).

PMAH berkata ia akan memegang 80 peratus kepentingan dalam KAN manakala AAR dan DSM masing-masing akan memegang 19.77 peratus dan 0.23 peratus.

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

“Ini bertujuan untuk menubuhkan usaha sama strategik di mana KAN akan membina dan mengendalikan kilang penapisan alumina bersepadu, loji kuasa, jeti dan infrastruktur sokongan di Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia.

“Kilang penapisan ini dijangka mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1 hingga 1.2 juta tan metrik (Fasa 1) dan berpotensi untuk menggandakan pengeluaran tersebut. Kos untuk Fasa 1 adalah US$750 juta (bersamaan dengan RM3.24 bilion),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMAH Tan Sri Paul Koon berkata usaha niaga itu sejajar dengan strategi mereka untuk mengukuhkan dan terus menguatkan kedudukannya sebagai syarikat peleburan terbesar di Asia Tenggara dan meningkatkan kelebihan daya saingnya merentasi rantaian nilai aluminium.

“Melalui kerjasama dengan AAR dan DSM dalam usaha sama ini, kami bukan sahaja mengembangkan operasi perniagaan huluan tetapi juga membuka sinergi yang akan meningkatkan nilai keseluruhan kumpulan Press Metal.

“Ia merupakan pendekatan yang berkesan ke arah meluaskan kehadiran dalam industri huluan kami sambil memastikan tahap kebergantungan pada diri sendiri dan keperluan untuk bekalan alumina yang stabil, yang penting untuk operasi peleburan teras kami,” katanya.

Koon berkata kerjasama itu juga akan mengurangkan pergantungan syarikat kepada pembekal dan peniaga pihak ketiga, sekali gus memastikan daya tahan dan kecekapan operasi yang lebih tinggi.

“Dengan perjanjian pembelian jangka panjang yang akan bermula sebaik kilang penapisan beroperasi, kami menjangkakan dapat menjimatkan kos serta mengoptimumkan lagi operasi keseluruhan kami,” tambahnya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: aluminiumIndonesialangganan sahamPaul KoonPress MetalPT Kalimantan Alumina Nusantara
Share233ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

17 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In