• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.

Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.88 mata kepada 1,661.47 daripada 1,660.59 pada Rabu.  

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.68 mata kepada 1,663.27.   

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 300 berbanding 174, dengan 288 kaunter tidak berubah, 1,743 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 413.73 juta saham bernilai RM233.90 juta.

Pada Rabu, Fed menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas, penurunan pertama dan terbesar sejak Mac 2020 ketika COVID-19 melanda ekonomi.

“Kami percaya ini boleh mewujudkan kebimbangan mengenai kemungkinan kemelesetan atau sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa Fed menjangka data ekonomi yang lemah pada masa akan datang, mendorong kepada penurunan kadar faedah yang besar ini,” menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini.

Katanya dengan penurunan kadar faedah, firma broker menjangka pasaran akan memberi tumpuan kepada REIT dan ringgit yang kukuh juga boleh memberi manfaat kepada sektor domestik seperti pengguna, utiliti, kewangan dan automotif.

“Selain itu, kami optimis mengenai sektor pembinaan dan hartanah, disokong oleh projek pusat data yang berterusan dan pemangkin baharu daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.70, CIMB menambah satu sen kepada RM8.34, IHH Healthcare meningkat tujuh sen kepada RM7.18, Hong Leong Bank menokok 14 sen kepada RM21.34, Public Bank tidak berubah pada RM4.71, TNB merosot enam sen kepada RM14.68 dan Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM5.51.

Dalam kalangan kaunter aktif, Solar District Cooling yang mula disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 14.5 sen kepada 52.5 sen, Cape EMS naik setengah sen kepada 37 sen, Leong Hup meningkat 2.5 sen kepada 68.5 sen, Capital A menambah empat sen kepada 82 sen, Luster Industries dan PUC, masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan empat sen manakala AHB merosot setengah sen kepada 4.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.94 mata kepada 12,424.92, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 19.21 mata kepada 12,277.85 dan Indeks FBMT 100 menambah 17.99 mata kepada 12,133.79.  

Indeks FBM 70 naik 69.12 mata kepada 17,637.08 dan Indeks FBM ACE meningkat 4.23 mata kepada 5,091.04.   

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 43.32 mata kepada 19,703.41, Indeks Perladangan merosot 12.09 mata kepada 7,152.11, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.64 mata kepada 176.72 dan Indeks Tenaga menambah 2.96 mata kepada 865.23.   

— BERNAMA

Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In