fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Gamuda Dijangka Serta Konstituen FBM KLCI Gantikan Genting Malaysia – MIDF Amanah

in Asas Saham
A A
Gamuda Dijangka Serta Konstituen FBM KLCI Gantikan Genting Malaysia – MIDF Amanah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Gamuda Bhd dijangka disenaraikan sebagai satu daripada konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikan Genting Malaysia Bhd pada 23 Dis 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan itu berkata selepas dua tahun (semakan separa tahunan lima kali berturut-turut) berada dalam senarai simpanan FBM KLCI, “Gamuda akan dinaikkan kepada indeks barometer.”

“Sejak semakan pada 24 Jun, harga sahamnya meningkat sebanyak 19 peratus kepada RM7.59 pada 13 Sept 2024, menduduki tempat ke-24 berdasarkan permodalan pasaran. Sekiranya ia kekal di tempat ke-25 dan ke atas menjelang tarikh akhir, Gamuda hampir pasti disenaraikan ke dalam indeks itu,” katanya.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Oasis Home Terlebih Langgan 1.55 Kali

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

MIDF Amanah juga menganggap Genting Malaysia mungkin akan dikeluarkan daripada senarai itu, berikutan sehingga Jumaat (lepas) ia turun ke tempat ke-36 dari segi permodalan pasaran.

“Jika ia kekal pada kedudukan tersebut menjelang tarikh akhir semakan akan datang, mengikut peraturan asas ia perlu dikeluarkan daripada indeks, dan ini akan memberi laluan kepada kemasukan Gamuda,” katanya.

MIDF Amanah berkata semakan separuh tahunan FBM KLCI dijadualkan pada 23 Dis 2024, berdasarkan data daripada tarikh akhir semakan pada 25 Nov 2024.

“Walaupun masih berbaki dua bulan lagi, kami berpendapat adalah penting untuk memantau kemungkinan perubahan dalam kalangan saham mewah sejak tarikh akhir semakan sebelum ini pada 27 Mei, 2024,” katanya.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIGamudaGentingkonstituen FBM KLCIMIDF Amanahsenarai
Share208ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Oasis Home Terlebih Langgan 1.55 Kali

5 days ago
ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

1 week ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In