fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Kenaikan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa susulan kenaikan pasaran saham di Amerika Syarikat (AS) semalam selepas mencatatkan kerugian sebelum ini.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.85 mata kepada 1,653.34 daripada 1,651.49 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 2.31 mata lebih rendah kepada 1,653.80.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 245 berbanding 89, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,869 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan 128.21 juta unit bernilai RM81.72 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi dalam persekitaran beberapa kegiatan memburu saham murah berikutan kerugian sebelum ini, menjelang keputusan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka akan berlaku dalam tempoh satu minggu.

“Volum dagangan harian semalam meningkat kebanyakannya disebabkan oleh penampilan sulung 99 Speedmart di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Jika tidak, sentimen pasaran masih dalam mod berhati-hati walaupun aliran masuk dana asing bersih masih kelihatan.

“Justeru, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,650-1,660 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, kebanyakan pasaran Asia dilihat berkongsi sentimen yang sama.

Straits Times Singapura meningkat 0.50 peratus kepada 3,513.88, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.52 peratus kepada 36,404.36, Hang Seng Hong Kong tidak berubah pada 17,196.96 dan Kospi Korea Selatan 0.18 peratus lebih tinggi pada 2,540.45.

Tenaga Nasional mendahului senarai untung dalam kalangan saham wajaran tinggi, menambah 12 sen kepada RM14.76 manakala Maybank dan YTL masing-masing meningkat empat sen kepada RM10.94 dan RM2.43, Hong Leong Bank naik 16 sen kepada RM21.10, dan Sunway melonjak lima sen kepada RM4.01.

Bagi kalangan kaunter aktif, 99 Speed Mart, turun satu sen kepada RM1.87; Velesto Energy naik satu sen kepada 19.5 sen manakala Eversendai dan waran Eversendai kedua-duanya masing-masing melonjak dua sen kepada 60 sen dan 36 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 36.18 mata kepada 12,547.44, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 53.70 mata kepada 12,066.04, Indeks FBMT 100 naik 22.43 mata kepada 12,984.98, Indeks FBM 70 menokok 65.81 mata kepada 17,087.16 dan Indeks FBM ACE menambah 27.19 mata kepada 5,083.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 6.09 mata kepada 19,727.77,  Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 1.38 mata kepada 174.64, Indeks Tenaga menambah 7.71 mata kepada 865.58 dan Indeks Perladangan meningkat 12.49 mata kepada 7,179.29.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak Leng
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In