• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kesan Boikot Terhadap Syarikat Tersenarai Di Malaysia

in Catalyst, Fundamental Analisis
A A
Kesan Boikot Terhadap Syarikat Tersenarai Di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ketegangan geopolitik di Timur Tengah belum lagi reda dan telah berlarutan buat sekian lama. Pelbagai impak daripada peperangan ini telah berlaku seperti kenaikan harga minyak, mengakibatkan gangguan rantaian bekalan, volatiliti pasaran kewangan serta banyak lagi.

Sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin, rakyat Malaysia dan seantero dunia turut mengambil inisiatif dengan memboikot produk atau jenama yang dikaitkan memberi sokongan kepada serangan terhadap Palestin.

Walaupun, jenama tersebut dimiliki oleh ahli perniagaan tempatan namun kesannya sudah boleh dilihat pada prestasi kewangan syarikat-syarikat yang menerima tempias daripada boikot ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Mari kita lihat beberapa syarikat yang menerima tempiasnya.

  1. Berjaya Food

Berjaya Food antara yang paling ketara menerima kesan kerana salah satu jenama yang dijual syarikat ini adalah minuman kopi popular iaitu Starbucks. Berjaya Food merupakan pemegang lesen bagi rangkaian Starbucks di Malaysia. 

Sumber: Berjaya Food

Selain Starbucks, beberapa jenama lain turut berada di bawah portfolio Berjaya Food contohnya seperti Kenny Rogers Roasters, Paris Baguette, Joybean, SALA, KELAVA dan banyak lagi

Sumber: KLSE Screener

Berjaya Food telah mengalami kerugian untuk tiga suku tahunan berturut-turut. Terbaharu, BJFOOD mengumumkan kerugian sebanyak RM38.2 juta. Dari sudut pendapatan juga melihatkan kemerosotan pendapatan dari di atas RM200 juta semasa mencatatkan keuntungan kepada di bawah RM200 juta semasa merekodkan kerugian. 

Ini bermakna pendapatan merosot, syarikat turut mengalami kerugian. 

Walaupun jualan kopi Starbucks semakin perlahan kerana diboikot, namun kehadiran banyak rangkaian kedai kopi yang baru di Malaysia menambah impak terhadap jualan Starbucks.  Kemunculan jenama-jenama kopi baru memberikan pilihan baru kepada pelanggan. 

Dari awal tahun sehingga 30 Ogos 2024, saham ini telah susut 33.61%.

  1. Nestle Malaysia Berhad

Ketika rakyat Malaysia memboikot produk Nestle, ramai yang mencari produk alternatif bagi menggantikan produk Nestle. Meskipun, produk Nestle telah lama sebati dengan kehidupan seharian rakyat tempatan, namun kelihatan ramai orang sudah boleh membiasakan diri dengan produk jenama alternatif atau produk keluaran tempatan.

Pada bulan Ogos 2024 ini, pelabur akhirnya melihat Nestle jatuh di bawah paras RM100. Kali terakhir Nestle didagangkan di bawah RM100 adalah pada Januari 2018. Setelah jatuh 10 hari berturut-turut, Nestle kehilangan RM2.36 bilion dari modal pasaran (market cap).

Jika dilihat kepada pendapatan syarikat bagi suku kedua 2024, Nestle mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.52 bilion berbanding RM1.78 bilion pada suku sebelumnya. Keuntungan bersih pula hanya RM93.6 juta berbanding RM195.51 juta suku sebelumnya. 

Sumber: Malaysiastock.biz

Dari awal tahun sehingga 30 Ogos 2024, saham ini telah susut 9.94%. 

Kesimpulan

Kesan boikot ini mungkin berlarutan lebih lama selagi konflik di Timur Tengah tidak menemui jalan penyelesaian. Mungkinkah kita akan terus melihat prestasi kewangan kedua-dua syarikat ini semakin merosot pada suku yang akan datang? 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: BDSboikotNestlerugisahamStarbucks
Share430ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In