• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Steel Hawk Bida Empat Tender, Rancang Kembang Segmen Tenaga Boleh Baharu

in Asas Saham
A A
Steel Hawk Sasar Kumpul RM13.50 Juta Melalui Pemindahan Penyenaraian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Steel Hawk Bhd berhasrat untuk mengembangkan segmen tenaga boleh baharu (RE) dengan membida satu tender hidroelektrik dan tiga tenaga solar.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif, Datuk Sharman K Micheal berkata pengembangan itu perlu dilaksanakan susulan permintaan daripada bakal pelanggan dalam segmen RE.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu mampu menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan dalam segmen ini, meletakkan dirinya sebagai pusat sehenti dalam menyediakan penyelesaian infrastruktur penuh kepada pelanggan.

“Saya dapati beberapa pelanggan berpotensi telah menghampiri kami. Sebaik sahaja mereka menerima writ daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia), mereka perlu mencari kontraktor sebagai rakan kongsi daripada pelbagai sektor dalam industri untuk menyiapkan pembinaan.

“Sebagai contoh, untuk projek hidroelektrik, anda memerlukan perunding bagi merekayasa sistem menggunakan perisian reka bentuk yang betul, perisian penjadualan dan sebagainya.

“Kemudian, anda memerlukan kontraktor awam untuk mengendalikan infrastruktur awam, kontraktor mekanikal bagi memasang alat putaran dan kontraktor elektrik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu.

Sharman berkata memandangkan Steel Hawk mempunyai pasukan jurutera yang lengkap dari pelbagai bidang selain berpengalaman agak luas, beliau percaya syarikat itu boleh berkhidmat sebagai kontraktor tunggal untuk pelanggannya dalam segmen ini, selain tetap memberi tumpuan ke atas perniagaan utamanya iaitu kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Steel Hawk, yang muncul buat kali pertama di Pasaran ACE hari ini, menyaksikan harga sahamnya dibuka pada 30 sen, dengan premium 15 sen berbanding harga tawaran sebanyak 15 sen.

Pada pembukaan, sejumlah 64.88 juta saham telah bertukar tangan.

Sharman juga menjelaskan bahawa Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini merupakan pelanggan tunggal syarikat dalam segmen tenaga boleh baharu.

“Oleh itu, syarikat sedang mencari pelanggan berpotensi baharu agar sejajar dengan pelan pengembangannya dalam sektor tenaga boleh baharu,” katanya berkata.

Melangkah ke hadapan, Sharman memberitahu Steel Hawk merancang untuk membida lebih banyak kerja-kerja solar dan hidroelektrik, terutamanya di Terengganu, memandangkan negeri itu mempunyai banyak sungai dengan julat kapasiti penjanaan kuasa yang berbeza, daripada dua hingga 3.5 megawatt.

Sementara itu, daripada hasil yang dikumpul, syarikat berkenaan akan membina limbungan fabrikasi baharu di Kemaman, Terengganu (Fasiliti Teluk Kalung 2) seluas 124,629 kaki persegi (kaki persegi).

Beliau berkata kawasan fabrikasi baharu ini adalah lima kali lebih besar berbanding kawasan sedia ada, iaitu 23,508 kaki persegi.

“Dengan loji baharu ini, kami boleh mengurangkan pergantungan kepada subkontraktor lain untuk menjalankan kerja fabrikasi kami, ini akan mengoptimumkan masa pemulihan untuk perkhidmatan EPCC kami selain memberikan penjimatan kos,” tambahnya .

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: ACEIPOSteel Hawk
Share230ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In