• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam menjelang pengumuman oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia hari ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.09 mata kepada 1,673.33, menokok daripada 1,670.24 semasa ditutup pada Rabu. Indeks utama dibuka 0.31 mata lebih tinggi kepada 1,670.55.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 150 berbanding 126, dengan 239 kaunter tidak berubah, 1,940 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 122.28 juta unit bernilai RM84.87 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman menjelang laporan senarai gaji bukan ladang AS esok.

Dow Jones mencatat pemulihan sederhana dengan menokok 38 mata manakala Nasdaq mengurangkan penyusutannya apabila berkurangan 52 mata semasa ditutup semalam, dengan pemain pasaran terus menjangkakan penurunan kadar lebih besar semasa mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS akan datang.

“Di dalam negara, kami mendapati beberapa aktiviti belian semasa harga rendah terhadap saham mewah memandangkan indeks itu dilihat menerima sokongan baik pada paras semasa. Oleh itu, kami menjangkakan indeks itu berlegar dalam jajaran 1,670-1,680 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.80, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.78 dan CIMB melonjak 11 sen kepada RM8.32. Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing menambah enam sen kepada RM14.96 dan RM6.45.

Bagi kaunter aktif, Steel Hawk yang baru disenaraikan mendahului apabila melonjak 130 peratus atau 19.5 sen kepada 34.5 sen. TWL menambah setengah sen kepada 3.0 sen, YTL Power turun 21 sen kepada RM3.68, YTL susut 13 sen kepada RM2.87 dan Hextar Capital meningkat 1.5 sen kepada 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.47 mata kepada 12,451.23, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 26.58 mata kepada 12,251.52 dan Indeks FBMT 100 menokok 21.99 mata kepada 12,150.38.

Indeks FBM 70 meningkat 29.71 mata kepada 17,400.00 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 0.56 mata kepada 5,157.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 85.35 mata kepada 19,728.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.86 mata kepada 178.93, Indeks Tenaga meningkat 0.34 mata kepada 898.06 manakala Indeks Perladangan naik 11.74 mata kepada 7,263.58.

— BERNAMA

Tags: belian semasa harga rendahBNMbukaBursa MalaysiaOPRRakuten Trade
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In